- advertisement -

Nanti tayangan Gempak Original Series, The Maid yang akan disiarkan di Astro Ria bermula 6 Januari 2021 ini.

Selepas siri original Astro melalui tayangan Kampong Pisang Bersiri-Siri, kali ini Astro menerbitkan sebauh lagi drama terbaru eksklusif siri original iaitu melalui Gempak yang berjudul The Maid.

Drama The Maid ini dibarisi oleh barisan pelakon yang hebat seperti Norman Hakim dan 4 isterinya iaitu Sherry Alhadad, Mira Filzah, Datin Eina Azman, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi.

Tayangan : 10 episod di Astro Ria
Pengarah : Helmi Yusof
Pelakon : Norman Hakim, Sherry Alhadad, Mira Filzah, Datin Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Siri Khadijah, Eida Moin, Zarina Zainoordin, Nadya Shahera, Siti Khadijah Halim, Isha Norsham dan ramai lagi.

- advertisement -
the maid

Sinopsis Drama The Maid

Siri Original Gempak, drama The Maid ini mengisahkan seorang lelaki bernama Jay (Norman Hakim) seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jay dan 4 isterinya hidup dengan penuh harmon dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak.

Setiap daripada mereka membenti antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagian. Walaubagaimanapun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya.

Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa (Mira Filzah). Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan. Siapakah disebalik kematian Elisa? Semua bakal terjawab di dalam drama The Maid ini.

Waktu Siaran

Drama The Maid akan mula ditayangkan pada 6 Januari 2021. Drama ini akan bersiaran setiap hari Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria dan Ria HD. Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau melalui Astro Go.

Tonton Drama The Maid (Full Episod)

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here