- advertisement -

Jangan lupa saksikan Drama Tercipta Satu Ikatan bermula 29 Disember 2020 di slot Megadrama hanya di Astro Ria.

Drama Tercipta Satu ikatan ini merupakan drama baru menggantikan Biar Mereka Cemburu. Ianya juga merupakan drama adaptasi novel bertajuk ‘Tercipta Satu Ikatan’ karya Laydee Amarfi terbitan tahun 2019.

- advertisement -

Drama menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam. Apa cerita disebalik drama ini? Anda kena tonton sehingga tamat.

Tayangan : 20 Episod di Slot Megadrama Astro Ria
Pengarah : Mohd Fazli “Pali” Yahya
Penerbit : Suhan Movies
Pelakon : Aeril Zafrel, Hannah Delisha, Izzue Islam, Sophia Koshka, Nadhir Nasar, Nadiyah Shahab, Esma Daniel, Nada Nur Syuhada dan ramai lagi.

tercipta satu ikatan

Sinopsis Drama Tercipta Satu Ikatan

Bagi Leanna (Hanna Delisha), mengahwini Daniyal (Aeril Zafrel) bukan hanya sekadar memenuhi kehendak daddynya. Tapi dia memang jatuh cinta dengan lelaki itu. Sucinya Leanna kerana menganggap Daniyal juga sama sepertinya, melamar kerana cinta. Walaubagaimanapun Daniyal tidak pernah membuat hatinya curiga. Malah dia sentiasa berusaha menjadi isteri terbaik buat lelaki itu.

Apakah sebenarnya tujuan Daniyal menerima tawaran Jeffery untuk mengahwini Leanna? Kerana harta atau dendam? Apa yang berlaku sebenarnya tidak pernah melibatkan Leanna. Tapi kenapa di akhirnya, dia juga yang terpaksa menanggung semua sengsara?

OST Drama

Lagu Kesempatan Bagimu oleh Adira

Waktu Siaran

Drama Tercipta Satu Ikatan akan menemui penonton bermula 29 Disember 2020 untuk 20 episod. Ianya akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam melalui slot Megadrama hanya di Astro Ria dan Ria HD. Anda juga boleh strim secara online di Astro Go.

Tonton Semua Episod Drama Tercipta Satu Ikatan

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here