Mungkin ada yang rindu untuk tonton kembali drama Sweet Dreams yang pernah ditayangkan di Astro RIA sebelum ini. Kini anda boleh tonton semua episod drama Sweet Dreams melalui aplikasi IQIYI secara percuma.
Drama Sweet Dreams mendapat sambutan yang hangat dikala tayangan dibuat pada tahun 2019. Manakan tidak, barisan pelakon yang membuat drama itu meletup-letup. Ini merupakan gandingan antara Mira Filzah, Ben Amir dan Sean Lee.
BACA : Cara Tonton Dan Strim Drama Kampung People 2 Di Aplikasi iQIYI Secara Percuma
Barisan pelakon yang hensem seperti Ben Amir dan pelakon yang cantik seperti Mira Filzah pasti tidak jemu untuk tontonan semula kan. Jalan cerita yang digarap pun cukup menarik kan.
Tayangan : Aplikasi IQIYI
Pengarah : Michael Ang
Penulis : Nazri M. Annuar
Pelakon : Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, PU Azman, Roy Azman, Michael Ang, Didi Astillah
Sinopsis Drama Sweet Dreams
Putri (Mira Filzah), perempuan cantik yang bisu,diberi gelaran seperti Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.
Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.
Qash Adam (Ben Amir) seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.
Dihina, difitnah dan dicaci oleh ibu-ibu saudaranya(Mak Sue dan Mak Kiah) kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia dan telah lama tidak pulang ke kampung halaman. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.Hanya datuknya,Mak Nab,iaitu mak ciknya merangkap ibu Dr Amar dan Dr Amar yang memahami situasi yang dialami Qash.
Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.
Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.
Tayangan
Anda kini boleh saksikan drama Sweet Dreams ini secara percuma sahaja. Anda boleh saksikan kesemua 20 episod di www.iq.com atau melalui aplikasi IQIYI secara percuma dimana-mana sahaja anda berada.
Untuk masa terhad, kini anda boleh dapatkan akaun VIP dengan harga RM1.90/sebulan. Antara kelebihan akaun VIP adalah :
- 2 tayangan skrin serentak
- Kualiti Blu-ray 1080P (Full HD)
- Tiada iklan
- Tayangan awal
- Muat-turun kandungan VIP dan tonton secara offline
Tonton Semua Episod Drama Sweet Dreams
Sweet Dreams EPISOD 20 (Episod Akhir)