Sebuah drama siri terbaru Malaysia, Sitik Tok akan mula bersiaran pada 22 Julai 2021 menerusi slot Samarinda TV3 dan secara striming di WeTV Malaysia. Drama ini bakal menggantikan drama Kampung Kolestrol.
Drama ini nampakanya sesuai tontonan bersama keluarga kerana ianya lebih santai dan tiada konflik yang rumit seperti drama-drama melayu sebelum ini. Jadi untuk terus kekal di rumah sepanjang PKP ini, kena la tengok drama Sitik Tok nanti.


Episod : 16
Tayangan : Slot Samarinda TV3 dan WeTV Malaysia
Pengarah : Joon Goh
Penulis Skrip : Nadia Khan, Dayang Noor, Jarr Nadjmuddean & Mamu Vies
Penerbit : Joanna Lee
Produksi : Wildsnapper TV
Pelakon : Scha Elinnea, Niezam Zaidi, Nelissa Nizam, Acong Sweetchild, Zamaera, Kahoe Hon, Nadia Aqilah, Hafizul Kamal, Tria Aziz, Dee Alhadi, Syazlin Zainal, Aznie Azmi, Tony Eusoff dan ramai lagi
- Scha Elinnea sebagai SITI
- Niezam Zaidi sebagai SHON
- Nelissa Nizam sebagai JAJA
- Acong Sweetchild sebagai CHUCHOX
- Zamaera sebagai MARU
- Kahoe Hon sebagai XANDER
- Nadia Aqilah sebagai MS RONA


Sinopsis Drama Sitik Tok
Drama Sitik Tok mengisahkan Siti seorang gadis kampung periang yang suka menari Tik Tok di merata ceruk sekitar kampungnya. Adakalanya Siti menari sewaktu orang menoreh getah, ketika ibunya membeli di pasar dan macam-macam lagi gaya Siti.
Pada satu hari, siti diberi peluang untuk mengejar impiannya untuk menjadi ‘influncer’ yang terkenal di TikTok sekali gus terpaksa meninggalkan kampung halaman.
Siti bergerakan dengan sepupunya Jaja dan seorang rapper yang bercita-cita tinggi, Maru. Dalam pengembaraan yang penuh keseronokan ini, dia bertemu dengan seorang jurugambar tampan bernama Shon. Beliau akhirnya mendapat peluang untuk mendaftar di akademi influencer ketika dia bertemu dengan ‘role modelnya’ Miss Rona.
Waktu Siaran
Drama Sitik Tok akan bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di slot Samarinda TV3 bermula 22 Julai ini.
Selain itu, anda juga boleh tonton secara online menerusi aplikasi WeTV Malaysia atau di website www.wetv.vip selepas selesai tayangan di tv, jam 11 malam.