- advertisement -

Jangan lupa saksikan kesemua 10 episod drama bersiri Keluarga Baha Don melalui platform Viu secara percuma.

Keluarga Baha Don merupakan siri tv Viu Original yang diterbitkan dan ditayangkan pada tahun 2019. Jadi anda tidak akan jumpa dimana-mana platform penstriman yang lain untuk menonton siri Keluarga Baha Don ini.

Siri ini juga telah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila meraih anugerah Asian Academy Creative Awards (VIDEO) dalam kategori program komedi terbaik dan persembahan komedi terbaik melalui lakonan Jihan Muse.

Siri Keluarga Baha Don ini juga menampilkan barisan pelakon yang berbakat dan ternama seperti Remy Ishak, Jihan Muse, Khir Rahman dan ramai lagi.

- advertisement -

Tayangan : 10 episod di Viu
Pengarah : Syed Fariz Syed Khairuddin
Pelakon : Remy Ishak, Jihan Muse, Melissa Campbell, Alvin Wong, Othman Hafsham, Khir Rahman, Susan Lankester dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Keluarga Baha Don

Drama bersiri Keluarga Baha Don ini mengisahkan tentang Jo Don (Remy Ishak), seorang chef yang bercita-cita untuk mengejar kemahiran memasaknya di Eropah. Jo Don mengalami dilema setelah kematian bapanya, Baha Don yang telah meninggalkan wasiat yang meminta Jo untuk mewarisi perniagaan keluarga. Tanpa dia sedari, ayahnya menggunakan perniagaan makanannya sebagai perantara untuk urusan haram dalam industri makanan. 

Drama ini turut diselitkan dengan kisah percintaan di antara Jo dan Kesuma (Jihan Muse), namun ibunya, Mama Don (Susan) mahukan dia berkahwin dengan anak kenalannya lakonan Melissa Campbell. Adakah Jo mengambil alih perniagaan bapanya atau teruskan impiannya untuk bergelar chef seperti yang dicita-citakannya selama ini? 

Saksikan Semua Episod Drama Bersiri Keluarga Baha Don

Drama bersiri Keluarga Baha Don ini telah diterbitkan sejak 2019 lagi sebanyak 10 episod. Jadi anda boleh tonton kesemua episod secara percuma melalui platform Viu.

BACA : Saksikan Drama Isteri Misteri Di TV3 Dan VIU Menerusi Slot Drama Pukul 6

Bagi pengguna baru, anda boleh dapatkan akaun VIP selama 7 hari dengan masukkan kod promo VIU7HARI. Anda boleh tonton kesemua kandungan VIP dan pastinya tanpa iklan.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here