Drama Sang Pewaris akan menemui penonton selepas drama Lelaki Linkungan Cinta tamat untuk 15 episod kesemuanya. Drama ini akan bersiaran pada 26 November 2020 menerusi slot Lestary yang ditayangkan di TV3.
Drama Sang Pewaris merupakan adaptasi novel bertajuk ‘Sang Pewaris’ hasil karya Fizziany, yang diterbitkan pada 2019. Drama membariskan pelakon terkenal seperti Ben Amir. Amyra Rosli, Cik Manggis dan ramai lagi. Yusry Abd Halim pun ada tau.
Tayangan : Slot Lestary TV3
Pengarah : Eyra Rahman
Penerbit : Global Station
Pelakon : Amyra Rosli, Ben Amir , Cik Manggis De Fam, Fad Anuar, Yusry Abd Halim, Sabrina Ali, Ieda Moin, Acong Sweet Child, Adlin Aman Ramli, Zamarul Hisham, Aziz M. Osman, Kartina Aziz
Sinopsis Drama Sang Pewaris
Ali, seorang pemuda kampung biasa tinggal bersama ibu bapa angkatnya, Pak Samad dan Mak Bedah. Dia sering mendapat mimpi pelik sejak remaja hingga kini dan masih tak faham kenapa ia selalu datang padanya. Ali sering didatangi oleh gadis yang sama dalam mimpinya.
Ali diberitahu oleh Haji Mahfuz bahawa dia adalah pewaris kekayaan Tunku Ahmad dan Tunku Kamariah dan diminta untuk pulang. Lebih mengejutkan lagi apabila mengetahui dia mempunyai kembar.
Ali merancang menyamar sebagai tukang kebun untuk mengenali keluarganya dengan lebih baik. Di sana, Ali jatuh cinta kepada Zara, anak angkat keluarganya. Namun Ali terpaksa akur gadis itu merupakan tunang kembarnya.
Waktu Siaran
Jangan lupa, saksikan kesemua 13 episod Drama Sang Pewaris terbaru di slot Lestary, setiap hari Rabu hingga Jumaat, 9 malam di TV3 bermula 26 November 2020. Anda juga boleh strim secara percuma di www.wetv.vip atau aplikasi WeTV di Android dan iOS.