- advertisement -

Astro kali ini membawakan sebuah lagi drama dari Singapura yang pernah diterbitkan pada tahun 2015, drama Saga yang akan bersiaran di Astro Ria untuk tontonan rakyat Malaysia bermula 11 Ogos 2021 ini bagi menggantikan drama Lockdown.

Bagi slot pukul 6 Astro Prima, Astro juga membawakan drama dari Singapura juga bertajuk Siapa Jaga Mak dan kali ini sekali lagi untuk slot jam 11.00 malam pula. Sebuah drama dengan genre aksi untuk tontonan anda

Episod : 4
Pengarah: Faisal Ishak
Skrip : Amanah Mustafi
Penerbit : Alfia Abros Meah
Produksi : mediacorp Eaglevision
Pelakon: Aaron Aziz, Nick Mikhail, Jeff Catz, Nadiah M. Din, Syarif, Shahrin Azhar, Imam Shah, Hamidah Salim, J A Halim dan ramai lagi.

  • Aaron Aziz sebagai ANDY
  • Nick Mikhail sebagai DIN COBRA
  • Jeff Catz sebagai RYAN
  • Nadiah M. Din sebagai JUN
  • Syarif sebagai RUDY
  • Shahrin Azhar sebagai DINO
  • Imam Shah sebagai ZACK
  • Hamidah Salim sebagai MAK LEHA
drama saga

Sinopsis Drama Saga

Saga adalah sebuah drama yang penuh aksi dengan isu-isu menarik yang akan menggerakkan penonton dari awal hingga akhir.

- advertisement -

Cerita ini diketengahkan dalam dunia sukan tempur, Seni Mempertahankan Diri Campuran (MMA), yang diganggu dengan penetapan permainan, pertaruhan haram dan kecurangan.

Andy adalah bekas banduan yang mendapat ketenangan di dalam gelanggang pertempuran, di mana dia dapat melepaskan diri dari realiti kehidupan dan kesengsaraan keluarga.

Dia bertemu dengan Jun, yang akhirnya menjadi tonggak sokongannya. Di tengah permainan yang gelap, bolehkah cinta dan kepercayaan berlaku?

Waktu Bersiaran

Bagi yang meminati sukan MMA kena la tengok drama ini. Saga akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 11.00 malam di Astro Ria bermula 11 Ogos ini. Boleh juga strim menerusi Astro Go atau tonton secara On Demand bagi waktu yang lebih fleksibel.

drama saga
- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here