- advertisement -

Selepas drama Saga musim pertama, ianya kembali untuk musim ke-2 pula. Drama Saga 2.0 akan menemui penonton di Malaysia bermula 18 Ogos 2021 di saluran Astro Ria.

Saga 2.0 merupakan sebuah drama dari negara seberang, Singapura yang pernah ditayangkan di negara tersebut pada tahun 2020. Jadi kali ini, Astro terbangkan ke sini bagi tontonan rakyat Malaysia pula

Episod : 4
Pengarah : Khairudin Samsudin
Penerbit : Berkett Shannon
Produksi : Mediacorp Eaglevision
Pelakon : Imam Shah, Jeff Catz, Hasnul Rahmat, Hanna Delisha, Shah Iskandar, Wahyu Rahman, Amy Kecik, Isa Bora, Rizal Rahiman, Wandy dan ramai lagi

  • Imam Shah sebagai ZACK
  • Jeff Catz sebagai RYAN
  • Hasnul Rahmat sebagai BORHAN
  • Hanna Delisha sebagai SOFIA
  • Shah Iskandar sebagai FAROUK
poster saga

Sinopsis Drama Saga 2.0

SAGA 2.0 adalah mini siri yang memaparkan Zack yang menghadapi masalah hubungan dengan ayahnya, Borhan iaitu seorang guru silat. Hubungan mereka menjadi genting apabila Borhan mendapat tahu Zack terlibat dalam Seni Bila Campuran, MMA.

- advertisement -

Malangnya, anak dan ayah tidak sedar siapa musuh mereka sebenar. Musuh mereka adalah orang kepercayaan Zack, Ryan dan murid setia Borhan, Farouk.

Konflik mereka meruncing apabila Ryan dan Farouk berjaya memutarbelitkan keadaan. Mujur, temanita Zack, Sofea berjaya mendedahkan kebenaran.

drama saga 2.0

Waktu Tayangan

Saga 2.0 akan disiarkan sejurus selepas Saga musim pertama tamat iaitu pada 18 Ogos ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam di saluran Astro Ria. Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau tonton secara On Demand

Boleh juga saksikan secara online di www.mewatch.sg/season/Saga-S2

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here