Sebuah drama romantik komedi, Rudy Vs Jolie menemui penonton bermula 15 Februari 2021 yang telah disiarkan di TV Okey RTM. Drama Rudy Vs Jolie menampilkan barisan pelakon seperti Nadia Brian, Aidit Noh, Sharifah Husna, Raja Azmi dan ramai lagi.
Drama ini bagi mengangtikan drama Mencari Kiblat Cinta sebelum ini yang juga disiarkan pada hari dan waktu yang sama di TV Okey
Tayangan : 20 episod (TV Okey RTM)
Pengarah : Shuhaimi Lua
Penerbit : Suhaimi Lua
Skrip : Zyza Backy
Terbitan : Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Nadia Brian, Aidit Noh, Sharifah Husna, Raja Azmi, Che Kem, Mathni Razak dan ramai lagi.


Sinopsis Drama Rudy Vs Jolie
Jalan cerita drama Rudy Vs Jolie ini bermula dari cabaran seorang teman yang akhirnya menjadi sebuah percintaan indah. Kisah Jolie seorang kaunselor yang baru kehilangan kekasih dan bertekad untuk tidak bercinta lagi dengan mana-mana lelaki sehinggalah berjumpa Mr R yang berjaya mengubah keadaan.
Konflik tercetus apabila kedua-duanya terlibat menjadi mangsa program realiti blog dan vlog serta umpan kepada sahabat baik Mr R. Lalu apakah kesudahan kisah cinta mereka ini?
Waktu Siaran
Untuk peminat drama melayu semua, jangan lupa bermula 15 Februari 2021, saksikan drama Rudy Vs Jolie yang disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 10 malam hanya di TV Okey RTM (Astro CH146, MYTV110). Jika terlepas, anda juga boleh tonton di portal rtmklik di myklik.rtm.gov.my/