- advertisement -

Sebuah drama sempena Istimewa Ramadan bertajuk Ramadani akan menghiasi malam hujung minggu anda di TV3 mulai 18 April 2021.

Drama arahan Eoon Shuhaini menampilkan barisan pelakon yang tidak kurang hebatnya seperti Syamsul Yusof, Hannah Delisha Adik Nik Adam Mika, Bella Astillah dan ramai lagi.

Mungkin kali ini tidak boleh lihat bagaimana pelakon Syamsul Yusof berlakon drama pula selepas biasa kita semua lihat di membawa watak ustaz atau gangster kan.

Episod : 4
Tayangan : TV3
Pengarah : Eoon Shuhaini
Skrip : Azlina Pa’wan
Penerbit : Datuk Hasniza Nordin
Produksi : Saphire Screen Sdn. Bhd.
Pelakon : Syamsul Yusoff, Nik Adam Mika, Hannah Delisha, Dhia Irdina, Adrianna Qasmia, Ummar Dzariff, Bella Astillah, Azlee Khairi, Shaharuddin Thamby, Zazly Baginda, Idea Moin dan ramai lagi.

- advertisement -
  • Nik Adam Mika sebagai MIKA
  • Syamsul Yusoff sebagai TUAN RAHMAT
  • Hannah Delisha sebagai AISYAH
  • Adrianna Qasmia KHADIJAH
  • Bella Astillah sebagai LYDIA
  • Ummar Dzariff sebagai FAIZAL
  • Dhia Irdina sebagai MIRA
ramadani

Sinopsis Drama Ramadani

Drama Ramadani mengisahkan seorang anak lelaki kepada seorang ahli perniagaan yang dimanjakan oleh bapanya. Ramadani merupakan kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun kepada ayahnya, Tuan Rahmat.

Ramadani tidak suka dikongkong, justeru itu, ianya dimanjakan oleh ayahnya sehingga diberi seorang pengasuh untuk menjaganya.

ramadani

Walaupun begitu, pengasuh yang ditugaskan untuk menjaga Ramadani sering bertukar kerana tidak ada seorang pengasuh pun yang dapat bertahan dengan sikap dan perangai Ramadani yang nakal.

Akan tetapi, suatu hari ayahnya telah membawa pulang kerumah dua adik-adik gelandangan, Faizal dan Mira yang menyebabkan hidup Ramadani mula berubah.

Apakah perubahan berlaku dalam diri Ramadani selepas itu? Kena saksikan drama ini nanti di TV3.

ramadani

Waktu Siaran

Mini drama 4 episod, Ramadani akan bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3 mulai 18 April ini. Anda juga boleh saksikan secara online di Tonton atau menerusi Youtube TV3 Malaysia.

Tonton Drama Ramadani (Semua Episod)

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here