- advertisement -

Slot Akasia TV3 diteruskan lagi dengan drama terbaru berjudul Rahimah Tanpa Rahim yang mula bersiaran pada 22 Januari 2021. Dan juga bersiaran secara online melalui aplikasi iQIYI Malaysia

Drama Rahimah Tanpa Rahim merupakan drama terbaru terbitan TV3 selepas drama Bidadari Salju yang tamat pada Khamis, 21 Januari 2021. Mana yang rindukan Mak Leha dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2, kali ini Liza Abdullah kembali dengan watak Mak Ani pula.

Drama ini dibintangi oleh pelakon cantik, Puteri Aishah bersama-sama pelakon kacak Azlee Khairi. Sebuah drama yang bakal memaparkan konflik kekeluargaan akan bermula 22 Januari ini.

Tayangan : 28 episod di slot Akasia TV3 dan iQIYI Malaysia
Produser : Jalena Rejab dan Syawal Aiman (Country Universal Sdn. Bhd.)
Pengarah : Eoon Shuhaini
Skrip : Tommy Loh, Puovin Sandera dan Kreatis Medialoka
Pelakon : Azlee Khairi, Puteri Aishah, Ezzaty Abdullah, Liza Abdullah, Amelina Amir Sharipuddin, Mustaqim Bahadon, Hafidz Roshdi, Sera Melissa, Diana Dee, Che Kem dan ramai lagi.

- advertisement -
rahimah tanpa rahim

Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim

Drama Rahimah Tanpa Rahim ini mengisahkan Rahimah (Puteri Aishah), seorang gadis kampung tinggal bersama ibunya, Mak Ani (Liza Abdullah) dan bapanya, Pak Akob (Badrul Muhayat). Sengsara telah lama menemani Rahimah bila dirinya selalu dipersalahkan dan dibenci oleh ibubapanya sendiri. Hasutan dan penipuan adiknya, Rozana (Sera Melissa) adalah punca Rahimah selalu ditimpa malang.

Adli (Hafidz Rosdi) ada menyimpan perasaan terhadap Rahimah tetapi perasaan itu semakin menyakitkan bila Rahimah temui seorang jejaka bernama Jauhar (Azlee Khairi). Jauhar mengambil keputusan untuk memperisterikan Rahimah dan Rahimah mengikut suaminya pulang ke bandar.

Nurul (Ezzaty Abdullah) merupakan gadis yang disukai Ramzi (Mustaqim Bahadon) tetapi Nurul hanya cintakan Jauhar. Nurul hanya anggap Ramzi sebagai kawan untuk mengadu segala masalahnya. Satu hari, Rahimah ditimpa satu penyakit sindrom dan disebabkan itu, Rahimah mengetahui bahawa sejak lahir lagi, dia memang tiada rahim dalam perutnya. Dia tidak akan mendapat zuriat sepanjang hayatnya. Rahimah berfikir bagaimanakah kehidupannya sebagai seorang isteri yang tidak mampu memberi zuriat pada suaminya. Dengan rela hatinya untuk mengekalkan kebahagian rumah tangganya, Rahimah mengizinkan suaminya berkahwin sekali lagi, dengan Nurul.

Akhirnya, Jauhar dijodohkan dengan Nurul. Namun timbul pelbagai konflik yang menimpa Rahimah supaya Rahimah berpisah dengan Jauhar. Satu persatu perkara akan terbongkar dan adakah kebahagiaan akan menemui Rahimah.

Lahirkah bahagia yang didambakan???

Waktu Siaran

Mungkin drama Rahimah Tanpa Rahim ini juga akan viral apabila mula bersiaran pada 22 Januari ini. Jadi jangan lupa saksikan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam melalui slot Akasia TV3. Anda juga boleh strim secara online di TONTON.

Selain itu, anda boleh juga boleh strim sejurus selepas habis tayangan di TV iaitu pada jam 8 malam melalui laman web www.iq.com atau download sahaja aplikasi iQIYI Malaysia. Anda boleh tonton secara percuma.

Tonton Drama Rahimah Tanpa Rahim (Full Episod)

- advertisement -

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here