- advertisement -

Jom kita bergelak ketawa dengan drama siri terbaru bertajuk Potong yang akan disiarkan di Astro Warna bermula 29 Disember ini bagi menggantikan drama Tanya Sama Pokok sebelum ini.

Drama siri Potong ini menampilkan barisan pelakon yang hebat dan pastina kelakar seperi Hazama, Kazar, Dalima Wati dan ramai lagi. Drama komedi ini akan menceriakan malam anda dengan babak dan lakonan yang mencuit hari daripada barisan pelakon yang terlibat.

Tayangan : 17 episod Astro Warna
Pengarah : Dato Jurey Rosli
Produksi : World Evolution Brains Sdn. Bhd.
Skrip : Mohd Fairuz
Pelakon : Hazaman, Kazar, Dalimawati, Lan Siro, Syazlin Zainal, Rosyam Nor, Jurey Rosli, Black, Hamdan Senario, Alongeyzendy, Neera Azizi dan ramai lagi

potong

Sinopsis Drama Siri Potong

Kisah mengenai seorang pemuda Midun (Hazama), yang kini menyambung legasi perkhidmatan berkhatan tradisional peninggalan arwah bapanya, seorang Tok Mudim handal di kampung. Dengan bantuan rakan arwah bapanya Mustafa, dia berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik. Namun khidmatnya mula tergugat dengan kedatangan perubatan moden yang dibawa oleh Dr Nur (Syazlin Zainal). Adakah berlaku konflik antara mereka selepas ini? Saksikan drama Potong di Astro Warna

- advertisement -
  • Hazama sebagai Midon
  • Kazar sebagai Mustapa
  • Lan Siro sebagai Jeman
  • Syazlin Zainal sebagai Dr. Nur
  • Wafariena Roslan sebagai Lia

Waktu Siaran

Jom tengok drama ini! Drama siri Potong akan mula bersiaran pada 29 Disember 2020 iaitu setiap Selasa jam 9 malam hanya di Astro Warna dan Warna HD. Selain itu, anda juga boleh strim melalui Astro Go.

Tonton Semua Episod Drama Potong

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here