Slot Samarinda diteruskan lagi dengan drama Penjara Janji bagi menggantikan drama Camelia yang mula ditayangkan di TV3 bermula 12 April 2021

Drama Penjara Janji ini menampilkan gandingan watak utama iaitu Alif Satar dan Azira Shafinaz dan dimana Alif memegang watak sebagai warden penjara. Apakah kisah sepenuhnya daripada drama ini, anda kena tonton nanti.

Episod : 15
Tayangan : Slot Samarinda TV3 dan WeTV Malaysia
Pengarah : Azman Yahya (Jinggo)
Ideal Asal : Janjira
Penulis Skrip : PGRs Team, Ferdinand dan Tinta Jinggo
Produksi : JS Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon : Alif Satar, Azira Shafinaz, Zulin Aziz, Fauzi Nawawi, Esma Daniel, Aida Aris dan ramai lagi.

penjara janji

Sinopsis Drama Penjara Janji

Drama Penjara Janji mengisahkan kehidupan hari-hari akhir Zulkifli (Fauzi Nawawi) atau dikenali sebagai Zack yang merupakan banduan akhir yang bakal dijatuhi hukuman gantung.

Rizan (Alif Satar), warden penjara sederhana bersama ibunya dan telah bertunang dengan Rozita (Azira Shafinaz). Bagaimana penceritaan ini pada akhirnya? Anda kena tonton kesemua episod. Nantikan…

Waktu Siaran

Jangan lupa saksikan drama Penjara Janji setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam bermula 12 April ini melalui slot Samarinda TV3. Anda juga boleh strim secara online secara HD di Tonton.

Selain itu, jika terlepas, anda boleh saksikan secara percuma melalui aplikasi WeTV Malaysia atau di website www.wetv.vip pada pukul 11 malam, sejurus selepas habis tayangan di TV.

Tonton Semua Episod Drama Penjara Janji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here