Platform penstriman iQIYI Malaysia akan bawakan sebuah drama komedi My Ofis yang akan mula bersiaran pada 26 Mei 2022 ekslusif di www.iq.com atau menerusi aplikasi mobile.
Paling menarik ketika tayangan drama ini berlangsung, akan dipaparkan produk-produk di skrin yang mana anda boleh scan Kod QR yang disediakan untuk membeli barangan tersebut terus menerusi laman e-dagang JOCOM: YOUR POCKET SUPERMARKET
Tayangan : iQIYI Malaysia
Tarikh : Mulai 26 Mei 2022 (Khamis)
Pengarah : Jacky You & Eden Wan
Produksi : Longhouse Films
Pelakon
Antara pelakon dan artis yang membintangi drama ini ialah Aeril Zafrel, Kahoe Hon, Nasz Sally, Alvin Wong, Phraveen Arikiah, Sherwyn Pang, Pearlly Chua, Kryston Yang dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Aeril Zafrel sebagai KS
- Kahoe Hon sebagai Jasper
- Nasz Sally sebagai Jessica
- Alvin Wong sebagai Paul
- Phraveen Arikiah sebagai Milo
- Sherwyn Pang sebagai Lucy
Sinopsis Drama My Ofis
Dram My Ofis mengisahkan tentang cabaran seorang pelatih iaitu Jasper seorang anak muda yang bercita-cita ingin menjadi bintang rock, namun terpaksa mengetepikan impian kemasyhuran kumpulan heavy metal-nya demi menjaga neneknya yang sudah berusia dengan memilih untuk menyertai dunia korporat.
Kemudian, Jasper berdepan situasi ‘huru-hara’ dan pelbagai cabaran diĀ tempat kerja, krisis percintaan dan cabaran politik pejabat, sambil mendambakan kehidupan popular di atas pentas.