Jangan lupa, bermula 10 Disember 2020, saksikan drama Misteri Mona yang akan disiarkan di TV3 melalui slo Samarinda. Tengok poster pun nampak seram dan menarik.
Drama Misteri Mona mengantikan drama Beri Sedikit Waktu yang bersiaran pada slot dan waktu yang sama. Drama ini menampilkan gandingan pelakon seperti Janna Nick, Redza Rosli, Elisha Sandha dan ramai lagi
Dia adalah aku, Aku bukanlah Dia


Tayangan : 8 episod (Slot Samarinda TV3)
Pengarah : Amor Rizan
Pelakon : Janna Nick, Redza Rosli, Elisya Sandha, Ruzana Ibrahim, Syed Irfan, Ruzana Ibrahim, Zizan Nin, Zarynn Min, Duerra Mitilda, Alif Hadi, Syafi Tee, Ainin Batrisya,Siti Aishah Bujang dan ramai lagi
Sinopsis Drama Misteri Mona
Drama Misteri Mona ini menceritakan kehidupana hari-hari Anom (Janna Nick) yang merupakan seorang pesakit mental yang didatangi gadis misteri, Mona (Ruzana Ibrahim) yang juga merupakan kakaknya. Selain daripada suami, Dr Nadeem (Redza Rosli) yang menjaga Mona, juga terdapat pembantu iaitu Farah (Elisya Sandha).
Kehidupan dalam tekanan sebenarnya sudah bermula ketika Anom dan Mona dari kecil lagi. Pada ketika itu, mereka bersama ibunya sentiasa di pukul dan di dera oleh ayah tirinya sehingga kehidupana dan kesihatan mereka terganggu. Apakah kesudahan drama Misteri Mona ini? Anda kena tonton kesemua episod nanti.
Waktu Siaran
Drama Misteri Mona ini akan mula bersiaran dan menemui penonton bermula pada 10 Disember 2020 sebanyak 8 episod. Jangan lupa saksikan setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam melalui slot Samarinda di TV3 atau strim melalui TONTON. Anda boleh juga strim melalui Youtube Drama Sangat sejurus selepas habis tayangan di TV