- advertisement -

Bagi pengguna UnifiTV, jangan lupa saksikan drama terbaru Menantu Tok Sintok yang mula bersiaran pada 8 Januari 2021 di SalamHD salurang 113.

UnifiTV juga menyediakan kandungan terbaik bagi penggunanya yang antaranya adalah tayangan drama Menantu Tok Sintok ini. Drama ini menampilkan barisan pelakon yang meningkat naik seperti Farhan Asri, Ikhram Juhari dan Khalida Balqis.

BACA : Senarai Drama TV Yang Akan Disiarkan Sepanjang Tahun 2021

Tayangan : Salam HD (UnifiTV 113)
Pengarah : Lizam Togil (Ujang)
Skrip : Mf Kenchana
Terbitan : A. Aida Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Farhan Asri , Ikhram Juhari , Khalida Balqis , Hanna Qistina , Fathil Dani , Kay Maria , Sam Suhaid , Fadzil Hamdan , Syamien Elnisa Husni , Atira Karma , Iskandar Zulkarnain  dan Noorsiah Yusoff

- advertisement -
menantu tok sintok

Sinopsis Drama Menantu Tok Sintok

Drama Menantu Tok Sintok ini mengisahkan Azhan & Badrul merupakan sahabat setia yang kacak dan berbadan sado. Mereka berdua bekerja ‘tarik kereta’. Mereka berdua jatuh cinta kepada pasangan adik-beradik Milya & Zara anak kepada Imam Tok Sintok.

Namun pelbagai halangan dan ujian terpaksa ditempuh untuk mendapatkan restu Tok Sintok. Adakah mereka berjaya dapatkan buah hati mereka? Jangan lupa saksikan kesemua episod nanti. Saksikan kisah-kisah lucu yang bakal menceriakan hari anda dengan drama terbaru Salam HD

Waktu Siaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Menantu Tok Sintok mulai 8 Januari 2021, setiap Jumaat, pukul 6 petang di Salam HD (Saluran 113 UnifiTV) dan siaran ulangan pada jam 10 malam hari yang sama.

Tiada unifi TV? Anda boleh muat turun applikasi playtv@unifi di apps store dan google store untuk menonton program menarik di SalamHD113 juga drama Menantu Tok Sintok ini.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here