Saksikan drama Melur Untuk Firdaus yang akan bersiaran mulai 27 Mei 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 dan boleh juga strim secara online di Disney+ Hotstar di www.hotstar.com/my
Drama ini merupakan adaptasi novel My Rude Wife karya Cik Nor Cinta yang mana bakal menggantikan drama Do You Love Me, Captain? sebelum ini.
Episod : 28
Tayangan : Slot Lestary TV3 & Disney+ Hotstar
Waktu : Mulai 27 Mei 2022 (Rabu-Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Zamri Zakaria
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hasan
Produksi : A-Ten Alliance Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon dan artis yang membintangi drama bersiri ini ialah Anna Jobling, Meerqen, Fimie Don, Nisa Idrus, Haleeda Mazlin, Zainon Ismail, Azhar Amir, Hairi Safwan, Hani Hazrina, Zac Zaky dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Anna Jobling sebagai Melur
- Meerqen sebagai Firdaus
- Fimir Don sebagai Haris
- Nisa Idrus sebagai Dee
- Haleeda Mazlin sebagai Rohana
- Zainon Ismail sebagai Nasarudin
OST Drama
Tajuk Lagu : Duka Sebalik Tawa
Artis : Puteri Khareeza
Komposer : Shazee Ishak dan Audi Mok
Lirik : Shazee Ishak dan Audi Mok
Sinopsis Drama Melur Untuk Firdaus
Drama Melur Untuk Firdaus mengisahkan tentang kehidupan Firdaus Iskandar yang dipaksa berkahwin dengan Melur kerana atas kehendak ibu bapanya walaupun dia sudah mempunyai teman wanita yang bernama Dee.
Oleh sebab itu, Ibu bapanya memberikan 48 jam untuk Dee berkahwin dengan Firdaus. Namun, Dee tidak bersedia untuk berkahwin.
Dalam masa yang sama juga, Melur sedih kerana dia menyukai Firdaus. Melur cuba memikat hati Firdaus malah dia meletakkan 7 syarat untuk Firdaus.