- advertisement -

Sebuah lagi drama terbaru yang akan disiarkan di TV3 bertaju Melastik Ke Hatimu yang bakal menemui penonton melalui slot Lestary bagi menggantikan drama Hadiah Dari Tuhan.

Drama Melastik Ke Hatimu merupakan drama adaptasi novel bertajuk ‘Melastik Ke Hatimu’ karya Aqma Dee terbitan tahun 2018. Oleh itu, pelakon terkenal seperti Janna Nick dan seorang lagi Andi Bernadee akan membawa watak utama dalam drama ini.

Selain itu, ini merupakan drama pertama daripada Andi Bernadee selepas sebelum ini pernah berlakon di dalam telefilem.

Tayangan : 13 episod di slot Lestary TV3 dan iQIYI Malaysia
Pengarah : Azmi Hatta
Terbitan : Orange Tree Production Sdn Bhd
Pelakon : Andi Bernadee, Janna Nick, Azrel Ismail, Puteri Sarah Liyana, Wani Keyrie, Norman Hakim, Ahmad Ezzrin Loy, Azizah Mahzan, Ridzuan Hashim, Dato Jalaluddin Hassan, Idzham Ismail, Cassia Iman, Noniswara, Afifah Nasir dan ramai lagi

- advertisement -
melastik ke hatimu

OST Drama

Lagu : Pencinta Setiamu
Penyanyi : Usop

Sinopsis Drama Melastik Ke Hatimu

Mengisahkan Haura (Janna Nick), seorang gadis kilang yang kononnya ‘gangster’ tapi hidupnya dikawal oleh ibunya yang mahukan menantu kaya. Haura bercinta dengan Naim tetapi hubungan mereka ditentang kerana Naim hanyalah seorang posmen.

Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad (Andi Bernadee), seorang tauke kilang di tempat dia dan kakaknya Faida bekerja. Ziyyad digelar ‘kayu cengal’ oleh pekerja kilang kerana sikapnya yang tak endahkan orang rupanya menyimpan perasaan pada Haura dalam diam. Mereka terikat dalam perkahwinan. Ziyyad cuba memikat hati Haura dan Haura pula mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya untuk Naim. Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura untuk suami.

Sedang mereka melakar bahagia, musibah melanda Ziyyad. Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang selama ini tersimpan kemas. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura.

Waktu Siaran

Bermula 21 Januari 2021, jangan lupa untuk saksikan drama terbaru bertajuk Melastik Ke Hatimu yang akan bersiaran setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam di slot Lestary TV3.

Anda juga boleh tonton secara online di www.iq.com atau aplikasi iQIYI Malaysia pada pukul 10 malam iaitu sejurus selepas habis tayangan di tv atau klik sahaja pautan dibawah. Tonton secara percuma je tau

Tonton Drama Melastik Ke Hatimu (Full Episod)

- advertisement -

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here