TV3 kali ini bawakan sebuah drama seram bertajuk Mata Ketiga ke kaca tv untuk tontonan orang ramai bermula 22 Julai 2021. Cerita ini juga bakal mengisi slot setengah jam daripada tayangan Kampung Kolestrol sebelumnya.
Drama bersiri Mata Ketiga sebenarnya pernah ditayangkan pada tahun 2018 tetapi hanya menerusi platform penstriman TONTON di www.tonton.com.my. Kini ianya diulang siar tetapi dibawa ke kaca tv.
Mata Ketiga merupakan sebuah drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama ‘Mata Ketiga’ karya Zulkifli Ahmad Indrus yang diterbitkan pada tahun 2018.
Tayangan : TV3
Episod : 10
Pengarah : C. Kumaresan
Produksi : Skop Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Hafeez Mikail, Isyariana, Dayana Roza, Mustaqim Bahadon, Fimie Don dan ramai lagi.


Sinopsis Drama Mata Ketiga
Drama Mata Ketiga mengisahkan Faizul, seorang pelajar universiti tempatan yang dikurniakan anugerah istimewa dimana beliau dapat berkomunikasi dengan alam mistik.
Penceritaan bermula bermula apabila Faizul dan empat kawan baiknya menyertai ekspedisi hutan yang diketuai oleh Profesor Mazlan.
Faizul yang lebih arif di dalam ilmu hutan menasihati rakan-rakannya untuk mematuhi pantang larang ketika berada di dalam hutan. Malangnya, nasihat itu tidak diendahkan dan menjadi lebih teruk apabila Farah dirasuk.
Semenjak kejadian itu, Faizul cuba mencari kebenaran mengenai mata ketiga beliau.
Waktu Tayangan
Drama Mata Ketiga bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.30 malam di TV3 bermula 22 Julai ini. Drama ini hanya bersiaran untuk 30 minit sahaja bagi setiap episod.
Anda juga boleh saksikan secara online dengan sewa drama ini di platform cinema.tonton.com.my dengan harga RM1.90. Klik sini untuk terus ke pautan.
Dulu free, sekarang kena bayar bro.