Drama Marry Me Senorita akan mula bersiaran pada 2 Februari 2021 melalui slot Megadrama di Astro Ria bagi menggantikan drama Tercipta Satu Ikatan sebelum ini.
Jika sebelum ini beliau sibuk mengarahkan drama bersiri, untuk drama Marry Me Senorita kali, Michael Ang adalah sebagai penerbit. Drama ini merupakan adaptari novel dengan tajuk yang sama ‘Marry Me Senorita’ karya Suri Ryana terbitan tahun 2019. Ianya juga merupakan antara karya best seller beliau.
Pastinya dengan penerimaan yang baik daripada novel akan memberikan impak positif kepada drama ini. Jadi jangan lupa kesemua episod drama ini.
Tayangan : 20 episod di Astro Ria (Slot Megadrama)
Pengarah : Nur Ain Sharif
Skrip : Rehal Nuharis dan Dayang Kartinah
Produksi : Juita Viden Sdn. Bhd.
Penerbit : Michael Ang
Pelakon : Janna Nick, Dini Azan Schatzmann, Shaza Bae, Siti Khadijah, Dato’ Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Acha Merican, Yasmin Hani, Natasga Elyzza, Razman Mahayuddin dan ramai lagi.
Pelakon Dan Watak
- Janna Nick sebagai Sofiy Leia
- Dini Schatzmann sebagai Isa Alejandro
- Yasmin Hani sebagai Engku Marini
- Dato Jalaludin Hassan sebagai Engku Aziz
- Fadilah Mansor sebagai Engku Zaharah
- Shaza Bae sebagai Rosa Arabella
- Siti Khadijah Halim sebagai Tina
- Natasha Elyzza sebagai Shelli
- Asha Merican sebagai Idora


Sinopsis Drama Marry Me Senorita
Drama Marry Me Senorita ini mengisahkan tentang Sofiy Leia, seorang anak yatim piatu yang menumpang teduh dengan ibu bapa saudaranya. Sofiy dihalau keluar dari rumah setelah kematian Pak Long oleh Mak Long yang tidak menyukainya selama ini. Malam itu juga Sofiy nekad keluar rumah ingin ke Kuala Lumpur berjumpa dengan kawan baiknya yang sedang melanjutkan pelajaran di sana tanpa Sofiy tahu bahawa kawannya itu bekerja di kelab malam.
Pertemuan Sofiy dan Isa Alejandro di rumah usang Pak Ngah Leman tanpa dirancang membawa kepada perkahwinan kontrak. Isa terpaksa berkahwin dengan Sofiy untuk memastikan kedudukannya di perusahaan atuknya tidak terjejas, manakala Sofiy mengahwini Isa untuk memastikan keselamatannya daripada menjadi buruan Bard, tauke kelab malam. Isa juga bersetuju untuk membiayai Sofiy yang ingin melanjutkan pelajarannya.
Isa Alejandro merupakan pemain tennis kebangsaan dan kacukan Sepanyol (bapa) dan Malaysia (ibu). Demi menutup kesalahan dan ingin buktikan bahawa dia telah berubah, Isa mengajak Sofiy berkahwin. Sebelum itu, Isa telah dihalau oleh datuknya keluar dari keluarga dan akan dilucut jawatan dalam perusahaan perabot datuknya.


Perkahwinan Isa dan Sofiy tidak bertahan lama dan akhirnya mereka bercerai dan membawa haluan masing-masing, walaupun ketika itu sudah terbit rasa cinta di hati.
Setelah berpisah, Sofiy melanjutkan pelajarannya di London manakala Isa berkahwin paksa rela dengan bekas kekasihnya, Rosa Arabella (Shaza Bae). Ketika itu adik Isa telah lama menghilangkan diri dan Rosa pernah terlihat adiknya di suatu tempat semasa menjalani pengambaran. Rosa meletakkan syarat supaya Isa perlu berkahwin denganya jika ingin tahu dimana adik Isa berada.
Tiga tahun berlalu, Sofiy sudah tamat belajar dan telah diterima bekerja.Sofiy bertemu semula dengan Isa di syarikat tempat dia bekerja. Dan rupanya syarikat itu adalah milik Isa. Adakah bahagia milik Isa dan Sofiy? Bagaimanakah pengakhiran kisah hidup mereka?
Waktu Siaran
Drama Marry Me Senorita akan mula bersiaran pada 2 Februari 2021 yang juga disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam bagi mengisi slot Megadrama di saluran Astro Ria dan Ria HD. Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau melalui aplikasi Astro Go.
[…] Saksikan Drama Marry Me Senorita Di Astro Ria (Slot Megadrama) […]
[…] Saksikan Drama Marry Me Senorita Di Astro Ria (Slot Megadrama) […]