- advertisement -

Jika anda nak saksikan Cik B berlakon, jangan lupa untuk tonton drama terbaru terbitan TV3 bertajuk Lelaki Lingkungan Cinta bermula 21 Oktober ini.

Ramai peminat tidak sabar-sabar menunggu drama ini ditontonkan kelak kerana menampilkan barisan pelakon muda yang mempunyai peminat tersendiri. Antara pelakon yang akan menyerikan lagi drama ini ialah Ismail Izzani, Naim Daniel, Shasha Abedul dan Shalma Eliana.

Drama ini merupakan adaptasi daripada novel “Lelaki Lingkungan Cinta” yang diterbitkan pada tahun 2017 hasil karya Lily Haslina Nasir.

BACA : Saksikan Semua 10 Episod Siri Drama Keluarga Baha Don Di Viu Secara Percuma

- advertisement -

Drama : Slot Lestary TV3
Pengarah : Emi Suffian
Pelakon : Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Imran Aqil, Aniq Suhair, Aisar Khaled, Syazuwan Hassan, Izzrin Irfan, Asha Merican, Rozita Che Wan, Chemat Raja Lawwk, Cik B, Nazeera Sardi, Mas Anizan, Aresya Rania, Ummar Dzariff

poster drama tv3 lelaki lingkungan cinta

Sinopsis Drama Lelaki Lingkungan Cinta

Nakal. Itu perkataan yang paling sinonim dengan Adib (Naim Daniel). Semenjak di kolej sehingga ke universiti, Adib sangat terkenal. Bukan terkenal kerana kecemerlangannya tapi terkenal kerana kenakalannya. Semua pernah Adib lakukan termasuklah membuat ‘dajal’ kepada Esya (Shasha Abedul). Bagi Esya, Adib adalah musuh nombor satunya. Kerana Adib dia didenda. Kerana Adib habis pakaiannya rosak. Kerana Adib dia terkenal di kolej. Saksikan episod seterusnya di tv3.

lelaki lingkungan cinta cik b
lelaki lingkungan cinta

Waktu Tayangan

Drama Lelaki Lingkungan Cinta akan menemui peminat bermula 21 Oktober 2020. Drama ini akan disiarkan di TV3 menerusi slot Lestary iaitu pada setiap Rabu hingga Jumaat pada jam 9 malam. Anda juga boleh strim secara percuma di www.viu.com sejurus tayangan di tv selesai.

Jangan lupa masukkan kod VIU7HARI untuk tebus akaun premium selama 7 hari.

Tonton Semua Episod Lelaki Lingkungan Cinta

*akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Lelaki Lingkungan Cinta – Episod 1

Lelaki Lingkungan Cinta – Episod 2

Lelaki Lingkungan Cinta – Episod 3

Lelaki Lingkungan Cinta – Episod 4

Lelaki Lingkungan Cinta – Episod 5

Lelaki Lingkungan Cinta – Episod 6

Lelaki Lingkungan Cinta – Episod 7

Lelaki Lingkungan Cinta – Episod 8

Lelaki Lingkungan Cinta – Episod 9

Lelaki Lingkungan Cinta – Episod 10

Lelaki Lingkungan Cinta – Episod 11

Lelaki Lingkungan Cinta – Episod 12

Lelaki Lingkungan Cinta – Episod 13 (Episod Akhir)

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here