- advertisement -

Drama Korban kasih pernah mendapat sambutan yang hebat daripada penonton sebelum ini. Drama ini pernah disiarkan pada tahun 2020 dan dijangka ada Korban Kasih 2 pada tahun ini. Ianya juga pernah disiarkan di TV1 sebelum ini dan kali ini juga di stesen yang sama.

Drama ini merupakan adaptasi novel Korban Kasih 1&2 karya Fatimah Saidin. Kini ianya pergi ke layar perak dengan arahan daripada sutradara Mohd Fazli Yahya hasil tulisan skrip daripada Farhana Fauzi

- advertisement -

Episod : 30
Tayangan : RTM TV1
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Skrip : Farhana Fauzi
Penerbit : Norley Aimi
Produksi : Mache All Star United Sdn Bhd
Pelakon : Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ummi Nazeera, Dynas Mokhtar, Ezzaty Abdullah, Hasnul Rahmat, Ahmad Tarmimi Siregar, Sheila Mambo, Nadiyah Shahab, Elnisa Ryun, Riz Amin dan ramai lagi

korban kasih

Sinopsis Drama Korban Kasih

Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah (Zara Zya) yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil (Saharul Ridzwan) sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya (Hasnul Rahmat). Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni.

Fatimah anak bongsu dari lima beradik, menyelami isi hati abang Jalil yang disisihkan oleh ibunya sendiri. Seluruh ahli keluarga menyayanginya, kecuali ibu Norizah (Dynas Mokhtar) yang mencurah kasih sayang pada anaknya yang lain. Walaupun dilayan seperti orang asing oleh ibu sendiri, Jalil banyak berkorban untuk kebahagiaan ibu, kembarnya Jamil (Azrel Ismail), adiknya Fatimah dan Kak Longnya (Ezzaty Abdullah).

korban kasih

Kasihankan Jalil, ayah telah membawa Jalil keluar dari rumah dan tinggal bersama Nek Limah. Suatu hari ditakdirkan ayah telah meninggal dunia dan Jalil tetap dipersalahkan, tetapi Jalil tetap bersabar dan reda dengan dugaannya. Adik beradik turut bersempati dengan nasib Jalil namun tidak mampu berbuat apa-apa.

Langit tidak selalu cerah, Nek Limah pula meninggal dunia. Jalil tiada pilihan selain terpaksa tinggal semula di rumah ibunya. Sekali lagi, Jalil terpaksa berhadapan dengan sikap marah ibu terhadap dirinya. Jalil tetap sabar dan tidak pernah membalas perbuatan ibunya. Jalil tetap meneruskan tanggungjawabnya menguruskan keluarga. Walaupun mendapat keputusan peperiksaan yang bagus, Jalil sanggup tidak meneruskan pelajaran demi memberi peluang kepada Kak Long dan Jamil meneruskan cita-cita mereka.

Tekanan demi tekanan, jiwa Jalil rapuh akhirnya. Dia mengambil keputusan meninggalkan rumah tanpa pengetahuan Fatimah dan ibunya. Fatimah sebagai adik yang rapat dengan Jalil terpaksa mengambil alih tugas Jalil menguruskan keluarga. Jamil pula dilihat tidak biasa memikul tanggungjawab mengurus keluarga. Ternyata, keadaan tidak sama sewaktu Jalil ada. Kehidupan Sang ibu mula rasa pincang tanpa Jalil dan timbul rasa insaf dan sesal kerana membenci Jalil hingga Jalil pergi tanpa berita.

Setelah beberapa tahun menghilangkan diri, Jalil kembali ke kampung bersama datuknya. Kepulangan Jalil sangat dirai oleh ibu dan adik-beradiknya. Mereka hidup bahagia bersama.

korban kasih

Keadaan keluarga tegang semula apabila Jamil yang dikahwinkan dengan Aisya (Ummi Nazeera) oleh ibu telah menghilangkan diri di hari perkahwinannya. Jamil hilang tanpa pesan. Ibu merasa sangat menyesal mengaturkan jodoh Jamil dengan Aisya. Namun Aisya sebagai isteri yang baik sanggup menunggu walau Jamil sudah bertahun meninggalkannya.

Fatimah yang kasihan Aisya telah memujuk Jalil agar mengahwini Aisya. Demi kebahagiaan ibu, Fatimah dan Aisya, Jalil akhirnya bersetuju mengahwini Aisya. Mereka hidup bahagia sebagai suami isteri. Kebahagiaan mereka diuji apabila Jamil secara tiba-tiba muncul untuk mendapatkan Aisya kembali tanpa dia ketahui yang Aisya sudah menjadi isteri kepada Jalil.

Bagaimana harus Jalil dan Aisya berhadapan dengan Jamil?

Waktu Tayangan

Bagi yang merindui drama Korban Kasih ini, jangan lupa saksikan drama ini setiap Sabtu hingga Khamis sepanjang Ramadan jam 10.05 pagi di TV1. Jika terlepas, anda boleh tonton secara online di portal rtmklik di rtmklik.rtm.gov.my/

Tonton Drama Korban Kasih (Full Episod)

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here