Sebuah lagi drama Sempena Ramadan daripada Awesome TV bertajuk Kiblat Yang Hilang akan mula bersiaran pada 12 April 2021. Drama yang menampilkan barisan pelakon seperti Azhan Rani, Wafariena, Kartina Aziz, Sweet Qismina dan ramai lagi.
Episod : 23
Tayangan : Ramadan Ohsem di Awesome TV
Pengarah : Azri Izhar
Penulis Skrip : Soula Nordin dan Rozie Rashid
Penerbit : Azri Izhar


Barisan Pelakon Dan Watak
Antara pelakon yang membintangi drama Kiblat Yang Hilang ialah Azhan Rani, Wafariena, Zul Huzaimy, Laila Nasir, Kartina Aziz, Neera Azizi, Sweet Qismina, Wafariena, Riz Amin, Zain Saidin, Badrul Muhayat, Zainab, Roy Azman dan ramai lagi
- Azhan Rani sebagai IMAN LION
- Wafariena sebagai SURAYA
- Badrul Muhayat sebagai AZMAN
- Neera Aziz sebagai Jannah
- Laila Nasir sebagai MARIA
- Kartina Aziz sebagai KAK SAL
- Sweet Qismina sebagai SOLEHA
- Zul Huzaimy sebagai RIZKI
Sinopsis Drama Kiblat Yang Hilang
Disebabkan hilang pekerjaan Maria nekad untuk menghabiskan masa bersama 4 orang anaknya. Namun hari demi hari dia mula menyedari anak-anaknya juga mempunyai pelbagai masalah yang perlu diselesaikan. Apakah kesudahannya? Saksikan kesemua episod drama Kiblat Yang Hilang.
Waktu Tayangan
Drama ini akan mula bersiaran pada 12 April ini iaitu setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7:00 petang di Awesome TV salurang MYTV112 atau di Astro 123. Anda juga boleh tonton secara online di portal Awesome TV di www.awesometv.my.