Sebuah drama terbaru bertajuk Isteri Misteri akan menemui penonton TV3 dan platform penstriman VIU bermula 25 November 2020 ini dengan 10 episod.
Rasanya dah lama tiada drama pada jam 6 petang ini dan yang terakhir adalah drama Kebaya Kasut Kanvas. Jadi selepas ini, kita boleh tonton drama Isteri Misteri yang menampilkan Sharnaaz yang digandingkan dengan bersama barisan pelakon lain seperti Tiz Zaqyah, Sharifah Sanikah dan ramai lagi.
Tayangan : TV3 dan VIU (10 Episod melalui Slot Drama Pukul 6)
Produksi : Primeworks Studios Sdn Bhd
Pengarah : Faisal Ishak & Esham Shahlin
Pelakon : Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqyah, Sharifah Sakinan, Azira Shafinaz, Azar Azmi dan ramai lagi
Sinopsis Drama Isteri Misteri
“Isteri Misteri” mengisahkan Rizal (Sharnaaz Ahmad), seorang kaki perempuan yang menerima ramalan seorang dukun bahawa isteri-isterinya ingin membunuhnya.
Dengan bantuan pembantunya, Jun (Azar Azmi), dia perlu menyelamatkan dirinya serta menghalang rancangan isterinya. Namun, masalah utamanya adalah dia mempunyai tiga orang isteri!
Waktu Siaran
Drama Isteri Misteri merupakan hasil kerjasama Primeworks Studios Sdn Bhd bersama-sama VIU. Jadi pastinya anda juga boleh tonton secara strim di platform VIU nanti. Drama ini akan bersiaran setiap Rabu dan Khamis, jam 6 petang di TV3 untuk 10 episod. Di VIU, anda boleh strim pada jam 7 malam.
Tonton Semua Episod Drama Isteri Misteri
~ akan dikemaskini dari episod ke episod
Isteri Misteri Episod 10 (Episod Akhir)