Astro sekali lagi akan membawa sebuah drama premium slot Astro Originals iaitu drama I Tanggang yang akan disiarkan bermula 13 September 2021 di Astro Citra.
BACA : Tonton Projek Anchor SPM (Astro Citra)
Drama I-Tanggang membawakan sebuah genre drama family crime beserta psiko yang mengetengahkan isu penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy.
Pastinya drama ini bukanlah sebuah naskhah klise seperti drama-drama lain kerana setiap plot penceritaan disajikan dengan penuh kejutan. Yang pastinya banyak pengajaran yang boleh diambil daripada drama ini.
Episod : 12
Tayangan : Astro Originals Astro Citra
Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin, Rashidi Ishak
Skrip : Wan Hasliza, Wan Alaudin, Keen
Produksi : KL Motion Pictures


Barisan Pelakon
Antara pelakon utama yang membarisi drama ini ialah Sherie Merlis, Faizal Hussein, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin dan Sofia Jane.
Mereka turut dibantu oleh Andy Teh, Rashidi Ishak, Rashid Salleh, Syed Nahar, Rosdeen Suboh, Yuyun Hikmah, Aiman Badrul, Amanda Misbun, Dato Rahim Razali, Pushpa Narayan, Zul Huzaimy, Nadine Eniahani, Syed Muhammad Baqir, Alessandra Alyssa, Haeriyanto Hassan, Azlan Komeng dan ramai lagi.
- Sherie Merlis sebagai Erma
- Faizal Hussein sebagai Rahmat
- Danish Hazriq sebagai Khalil Rayyan (Khay)
- Nadhir Nasar sebagai Syafiq
- Emma Sofea sebagai Esra
- Sofia Jane sebagai Dr Nini
- Andy Teh sebagai Dr Norman Arif
- Yuyun Hikmah sebagai Syuhada


Sinopsis Drama I Tanggang
Drama I Tanggang mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Kay yang memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak kerana menghidap kanser.
Erma iaitu ibu kepada Khay pula merupana seorang social media influencer. Selain itu juga, dia juga merupakan seorang penulis buku dan penjual essential oil yang berjaya.
Pada sebuah majlis pelancaran buku milik Erma, dia telah membuat satu pengumuman tentang jangka hayat anaknya untuk hidup iaitu hanya 6 bulan sahaja. Ini sekali gus mengejutkan Khay


Dengan perkhabaran ini, ianya mengejutkan Khay sendiri, Rahmat iaitu ayah Khay dan juga Dr. Nini yang pernah merawat Khay sebelum ini. Mereka meragui atas berita tersebut.
Rahmat dan Khay sebenarnya tidak bertemu kerana Erma telah memutuskan hubungan mereka dan seterusnya menghilang. Dalam majlis pelancaran tersebutlah anak dan bapa dipertemukan kembali.
Dalam masa yang sama, Rahmat telah menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada anaknya tanpa pengetahuan ibunya kerana ayahnya tidak sanggup akan kehilangan anak lelakinya sekali lagi.


Disebabkan telefon bimbit itulah, tertubuhnya group chat ‘I-Tanggang’ dimana Khay berjumlah 2 rakan baru secara online iaitu Royal E (Esra) dan CopeqRyder (Syafiq)
Jadi apakah yang terjadi seterusnya? Kena tonton drama ini.
Waktu Siaran
Jadi jangan lupa untuk saksikan drama I Tanggang setiap Isnin, jam 9.00 malam di Astro Citra bermula 13 September ini. Anda juga boleh strim di Astro Go atau tonton secara On Demand untuk waktu fleksibel.

