- advertisement -

Jangan lupa saksikan drama Honeymoon yang akan menemui penonton bermula 16 Julai 2022, bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam di slot Lestary TV3 dan secara online di www.tonton.com.my

Drama ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama ‘Honeymoon’ karya Nurhayati Ishak dimana bakal menggantikan drama Melur Untuk Firdaus.

Episod : 20
Tayangan : Slot Lestary di TV3
Tarikh : Mulai 16 Julai 2022 (Rabu – Sabtu)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Natasya Farhana
Pengarah : Pali Yahya
Produksi : Mache Allstar United Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi drama ini seperti Zara Zya, Ben Amir, Hanna Aqeela, Wanns Ahmad, Dynas Mokhtar, Rashdan Baba, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Zara Zya sebagai Moon
  • Ben Amir sebagai Ilham
  • Wanns Ahmad sebagai Jiman
  • Dynas Mokhtar sebagai Hajah Aminah

Sinopsis Drama Honeymoon

Drama Honeymoon mengisahkan tentang Moon dan Ilham yang mana mereka mempunyai perbezaan watak yang sangat ketara antara satu sama lain.

Moon memiliki saiz tubuh yang besar tetapi perangainya lurus bendul dan banyak cakap. Manakala Ilham pula seorang yang penuh rahsia dan sangat pendiam. Namun, rezeki merek bertemu secara tidak sengaja.

Oleh itu, Moon dijodohkan dengan ilham tanpa mengetahui siapakah tunangannya itu. Walaupun mereka telah bertemu di tepi sungai, tetapi ketika itu mereka masih lagi belum mengenali antara satu dengan yang lain.

Selepas berkahwin, hubungan rumah tangga mereka bergolak apabila Ilham terlalu sibuk dengan kerjayanya. Maka Moon pula geram dengan perangai Ilham dan ingin merancana sesuatu terhadap suaminya.

Apakah yang terjadi seterusnya? Adakah Ilham berjaya menyelamatkan rumah tangga mereka dan kembali kepada isterinya itu?

honeymoon
- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here