- advertisement -

Sebuah drama bersiti melayu tempatan, Hatimu Sedingin Salju akan menemui penonton selepas tamat drama Masih Ada Rindu iaitu bermula pada 24 Jun 2021 di slot Akasia TV3 dan tayangan secara online di iQIYI Malaysia.

Drama Hatimu Sedingin Salju merupakan karya Bahri Uma sebagai pengarah dengan dibarisi pelakon hebat seperti Hisyam Hamid, Aprena Manrose, Hafeez Mikail dan Bella Dowanna sebagai penggerak watak utama dalam drama ini.

- advertisement -
hatimu sedingin salju

Episod : 28
Pengarah : Bahri Uma
Penerbit : Dato Sri Jaspal S. Korotana
Produksi : Orangetree Production
Pelakon : Hisyam Hamid, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Fadhlan Hazim, Bella Dowanna, Zila Bakarin, Mustafa Kamal, Maria Farida, Rahim Jailani, Scha Elinnea dan ramai lagi.

  • Hisyam Hamid sebagai ARMAN
  • Apreena Manrose sebagai RANIA
  • Hafeez Mikail sebagai NABIL
  • Fadhlan Hazim sebagai HAIKAL
  • Bella Dowanna sebagai SYENA
  • Mustafa Kamal sebagai DATO’ JAMAL
  • Zila Bakarin sebagai PUAN NORAINI
  • Maria Farida sebagai DATIN MIMI
  • Rahim Jailani sebagai MAHFUZ
  • Scha Eliana sebagai MELISSA
hatimu sedingin salju

Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju

Drama Hatimu Sedingin Salju mengisahkan Arman (Hisyam Hamid) yang terpaksa mengalah dengan rakan baiknya, Haikal bagi mengejar cinta Rania (Aprena Manrose). Sejak peristiwa tersebut, Arman sepertinya tidak mahu lagi bercinta dan lebih fokus kepada kerja dengan menguruskan syarikat bapanya, Datuk Jamal (Mustafa Kamal).

Datuk Jamal dan Datin Mimi (Maria Farida) iaitu ibubapa kepada Arman berasa bimbang kerana anaknya begitu sibuk bekerja dan masih tidak berkahwin walaupun umu sudah mencecah 33 tahun. Disebabkan itu, ibubapa bersama adiknya, Nabil (Hafeez Mikail) telah mengantur ‘plan’ untuk mempertemukan Arman dengan bakal isterinya dengan membawanya bercuti ke sebuah resort di Langkawi.

Tanpa dijangka, disana Arman bertemu kembali dengan Rania iaitu perempuan yang pernah dicintai suatu ketika dahulu. Disitulah mereka mula rapat dan timbul kembali bibit-bibit cinta. Akan tetapi, sebenarnya dalam masa yang sama, rupanya-rupanya adik Arman iaitu Nabil juga telah menaruh hati kepada Rania dan menyebabkan hubungan adik-beradik itu dingin.

Jadi siapakah yang akan dapat memaut hati Rania? Adakah Rania kembali kepada cinta lamanya atau memilih Nabil? Kena tengok nanti

Waktu Tayangan

Jadi bermula 24 Jun ini, saksikan drama Hatimu Sedingin Salju yang ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasis TV3.

Jika terlepas, anda boleh strim melalui aplikasi iQIYI Malaysia atau website www.iq.com. Anda boleh tonton sejurus selepas habis tayangan di tv; jam 8.00 malam jika pengguna VIP atau 24 jam selepas tayangan di Tv; boleh ditonton secara percuma.

hatimu sedingin salju

Tonton Drama Hatimu Sedingin Salju (Semua Episod)

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here