Jangan lupa saksikan drama Hantu Van Sewa bermula 8 Januari 2021 ini di saluran Awesome TV.
Drama Hantu Van Sewa menampilkan barisan pelakon seperti Bell Ngasri dan Nasir Bilal Khan. Dengan genre seram komedi ini pastinya kita dapat lihat telatah Bell dengan lawak yang bersahaja dalam apa jua cerita yang dilakonkannya.
BACA : Saksikan Semua Episod Drama Mummy Oja Di Awesome TV
Tayangan : 26 episod di Awesome TV
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Penerbit : Wan Saiful Shahrizan dan Suara Kita Production
Pelakon : Bell Ngasri, Nasir Bilal Khan, Adam Shah, Azhan Rani, Watie Sadali, Reen Rahim dan ramai lagi


Sinopsis Drama Hantu Van Sewa
Hantu Van Sewa mengisahkan sebuah van sewa yang dimiliki oleh seorang usahawan yang dikatakan berhantu. Setiap kali orang menyewa van itu pasti akan berlaku perkara mistik.
Waktu Tayangan
Jangan lupa bermula 8 Januari 2021, saksikan drama Hantu Van Sewa setiap hari Jumaat hingga Ahad, jam 9 malam di Awesome TV saluran MYTV112 atau Astro 123. Jika terlepas, anda juga boleh saksikan di laman web www.awesometv.my