Drama Hadiah Dari Tuhan akan mula ditayangkan pada 30 Disember 2020 melalui slot Lestary TV3. Anda juga boleh saksikan melalui aplikasi IQIYI secara percuma.
Drama ini kita dapat menelusuri realiti dan dugaan pejuang barisan hadapan ketika negara melawan pandemik ketika ini. Pastinya ianya memberikan gambaran yang unik dan hebat bagaimana situasi tersebut disebalik drama yang diselitkan.
Barisan pelakon yang terlibat juga cukup baik. Ada Syafitee dan Riena Diana sebagai watak utama yang pastinya menghidupkan lagi penceritaan bagi drama Hadiah Dari Tuhan ini.
BACA : Saksikan Drama Sang Pewaris Melalui Slot Lestary Hanya Di TV3
Tayangan : 13 episod di Slot Lestary TV3 (aplikasi iQIYI
Pengarah : Fairuz Loy
Penulis Skrip : PGRs Team dan Janjira
Penerbit : Country Universal Sdn Bhd
Pelakon : Syafitee, Riena Diana, Puteri Rafasya, Sophia AlBarakbah, Amy Mastura, Fezrul Khan Junaidi, Dynas Mokhtar, Ummar Dzarif, Aryana Amani, Fauziah Nawi, Izreen Azminda, Zazly Baginda dan Ku Fridah Ku Shafie


Sinopsis Drama Hadiah Dari Tuhan
Drama Hadiah Dari Tuhan mengisahkan golongan masyarakat bagi menghadapi cabaran sebagai frontliners atau petugas barisan hadapan bagi merawat dan membendung penularan pandemik COVID-19.
Selain itu ia juga menceritakan tanggapan seorang daripada masyarakat apabila ada ahli keluarga didapati positif covid-19. Ini merupakan drama pertama tempatan yang mengisahkan cerita pandemik ini.
- Syafi Tee sebagai Qul
- Riena Diana sebagai Ika
- Puteri Rafasya sebagai Fatin
- Sophia AlBarakbah sebagai Bella
- Amy Mastura sebagai Jannah
OST Drama Hadiah Dari Tuhan
Lagu : Barisan Hadapan
Penyanyi : Azlan & The Typewriters
Waktu Siaran
Slot Lestary TV3 kali ini lebih hebat. Drama Hadiah Dari Tuhan ini akan bersiaran pada setiap Rabu hingga Sabtu tau, jam 9 malam untuk 13 episod kesemuanya di TV3 bermula 30 Disember 2020 ini. Selain itu, anda juga boleh tonton di aplikasi IQIYI dan laman web www.iq.com secara percuma selepas habis tontonan di tv.
[…] situasi semasa melanda Malaysia berkaitan pandemik dan juga situasi semasa PKP selepas drama Hadiah Dari Tuhan. Drama akan ditayangkan bermula 2 April 2021 melalui slot Lestary di TV3 serta tayangan secara […]