- advertisement -

Drama seram diteruskan lagi bagi slot jam 10.30 malam. Kali ini menerusi drama Ghaib yang akan mula bersiaran pada 10 Ogos 2021 di Tv3 bagi menggantikan drama sebelumnya, Mata Ketiga.

Drama ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk “Projek Seram Terowong” karya 3 penulis iaitu A. Darwisy, Zaifuzaman Ahmad dan Syasya Bellyna. Ianya pernah ditayangkan pada tahun 2018 dan kini diulang siar semula

drama ghaib

Episod : 10
Tayangan : Tv3 dan Cinema Tonton
Pengarah : Ng Ken Kin
Skrip : Siti Solehah dan Aida Aida
Produksi : Orangtree Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Shukri Yahaya, Siti Elizad, Eyka Farhana, Joanna Bessey, Erynne Erynna, Scha Elinnea, Qara Lyana, Neera Azizi, Chacko Vadaketh, Chandni Kaur, Doria Rachel, Emelda Rosmila, Munir, Ramli Saleh

  • Shukri Yahaya sebagai REZA
  • Siti Elizad sebagai INSPEKTOR ANITA
  • Eyka Farhana sebagai JESSICA
  • Scha Elinnea sebagai MIMIE
  • Erynne Erynna sebagai KHARISMA
  • Emelda Rosemila sebagai SANDRINNA
  • Qara Lyana sebagai SUZI
  • Doria Rachel sebagai LIN
  • Chandni Kaur sebagai HANTU MONA

Sinopsis drama Ghaib

Drama ini mengisahkan sebuah kolej dimana belakang bangunan tersebut terdapat gua terbiar. Suatu malam, empat pelajar kolej Mimie, Jessica, Nina dan Suzi masuk ke dalam gua untuk bermain spirit of coins dan menyeru roh penunggu gua. 

- advertisement -

Satu lembaga yang dikenali sebagai hantu Mona muncul dan mereka berlari keluar dari gua dan menyedari Mimie tiada bersama mereka.

drama ghaib

Detektif Riza dan Sarjan Anita diarahkan menyiasat kejadian itu namun mereka tidak percaya dengan kewujudan hantu Mona.

Pengetua kolej itu, Puan Maurice meminta pihak polis merahsiakan perkara berkenaan demi menjaga nama baik premis terbabit dan tidak suka dengan kehadiran detektif di kolej tersebut.

Malangnya selepas kejadian tersebut  Jessica sering diganggu oleh hantu Mona dan tiba-tiba menghilangkan diri dari kolej.

Waktu siaran

Bagi peminat cerita seram, jangan lupa bermula 10 Ogos ini saksikan drama Ghaib yang ditayangkan setiap isnin hingga khamis, jam 10.30 malam di Tv3. Anda juga boleh strim menerusi Cinema Tonton dengan bayaran sewa dikenakan.

  • drama ghaib
  • pelakon ghaib tv3
- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here