Drama siri Ganjil merupakan drama terbaru untuk tahun 2021 keluargan Viu Original daripada Malaysia yang akan mula ditayangkan pada 30 September 2021.
BACA : Musim Terbaru! Saksikan Keluarga Baha Don 3 Di Viu Malaysia
Ganjil bertemakan romantik dan fantasi ini merupakan drama di bawah arahan Datuk Yursi Abdul Halim yang pastinya kita kenal sebagai pengarah yang sudah biasa dengan kesan visual dan cerita fantasi romantik seperti ini
Judul : Ganjil
Episod : 10
Durasi : 60 minit
Tayangan : VIU Malaysia & Maxis TV
Pengarah : Datuk Yusri Abdul Halim
Skrip : Evelynafnilia, Azhar Amirulhisyam, Yasmin Yaacob
Produksi : Razor’s Edge Pictures
Pelakon : Fattah Amin, Diana Danielle, Izzue Islam, Fatin Afeefa dan ramai lagi


Sinopsis Drama Ganjil
Amry (Fattah Amin), seorang jurutera IT introspektif dan Nabila (Diana Danielle), artis sosial media terkenal dipertemukan takdir dalam cara paling aneh dan menjangkaui imaginasi menerusi pertemuan dalam mimpi.
Sebuah persahabatan telah terjalin dalam mimpi, dan menjadi berharga setiap hari. Rahsia yang mereka simpan dari pengetahuan orang bertukar menjadi pengembaraan mimpi mereka.
Mereka berdua ingat mereka masing-masing adalah produk imaginasi kesedaran mereka, sehinggalah mereka temui petunjuk yang membawa kepada diri masing-masing di dunia realiti.
Tapi bila Amry dan Nabila cuba berhubung, mereka menyedari takdir memiliki cara tersendiri untuk menemukan mereka.
Waktu Tayangan
Drama Ganjil akan mula bersiaran pada 30 September 2021 platform penstriman Viu Malaysia. Selain itu, khas untuk penonton di Malaysia, anda boleh tonton lebih awal menerusi Maxis TV iaitu bermula 25 September ini.