- advertisement -

Astro sekali lagi membawakan drama Singapura untuk tontonan ramai bertajuk ‘Danny’ yang akan bersiaran bermula 12 Oktober 2021 di slot Tiara Astro Prima.

BACA : Saksikan Drama Hasrat Tersirat Di Astro Prima (Slot Tiara)

Drama Danny ini merupakan sekuel kepada telefilem Cinta Ramadan yang membawa tema cinta tulis dengan penuh keinsafan lakonan Sharnaaz Ahmad dan Elfaezah Ul Haq.

Episod : 8
Pengarah : Razi Salam
Produksi : Flipside Stories Pte Ltd
Pengarah : Sharnaaz Ahmad, Elfaezah Ul Haq, Nadia M Din, Dayang Balqis, Taufiq Salleh, Junaidi Sali, Sarah Aqilah dan ramai lagi.

- advertisement -
Danny

Sinopsis Drama Danny

Drama Danny mengisahkan tentang kehidupan Danny (Sharnaaz Ahmad) selepas pemergian Natrah. Dia cuba untuk melupakan Natrah dengan melanjutkan pelajarannya sambil cuba memulakan perniagaan kecil.

Kemudian, Danny pula jatuh hati kepada Sarah (Elfaezah Ul Haq), seorang usahawan muda yang bakal mengambil syarikat ayahnya. Sarah saling tidak tumpah seperti Natrah, setiap sisi dan perangainya mengingatkan Danny pada Natrah.

danny

Selepas kejayaan dalam perniagaan dengan peroleh kontrak lumayan, Danny berniat untuk menghantar ibu bapanya mengerjakan ibadah umrah di Mekkah.

Walaubagaimapaun, kejayaan perniagaan tersebut telah menghanyutkan Danny ke kancah maksiat. Ini ditambah pula dengan kehadiran Liana, isteri kepada rakan baik Danny iaitu Hosni.

Hosni mula mengesyaki Danny sedang berselingkuh dengan isterinya. Perselisihan ini membawa kepada kehidupan Danny sekali lagi diambang kesusahan.

Mampukah Danny menyimpan cinta Sarah dan kepercayaannya juga dalam masa yang sama. Adakah Danny bakal mengulangi dosa lamanya?

Danny

Waktu Tayangan

Jangan lepaskan peluang untuk menonton naskhah hebat ‘Danny’ yang ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang di Astro Prima bermula 12 Oktober ini.

Selain itu, boleh tonton secara On Demand untuk waktu felsksibel atau menerusi Astro Go.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here