Drama Cinta Sekali Lagi akan mula ditayangkan bermula 4 November 2020 bagi menggantikan drama Ryan Aralyn melalui slot Akasia di TV3.
Cinta Sekali Lagi merupakan drama terbaru TV3 yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Nelydia Senrose, Saharul Ridzwan dan Hannah Delisha. Drama bersiri ini merupakan drama terakhir menampilkan Hanna Delisha sebelum berhijrah mengenakan tudung seperti yang dilihat hari ini. Makin berserik kan.
Tayangan : 28 episod di TV3 slot Akasia
Pengarah : Pali Yahya
Pelakon : Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha, Raja Afiq, Luqman Hafidz, Ezzaty Abdullah, Dilla Ahmad, Iman Zulkarnain, Zara Shelby dan Alessandra Alyssa
Sinopsis Drama Cinta Sekali Lagi
Drama mengisahkan 2 beradik iaitu Amanda (Hannah Delisha) dan Amani (Nelydia Senrose). Drama bermula apabila berlangsungnya perkahwinan antara Fahad (Saharul Ridzwan) dan Amanda cukup istimewa. Namun ianya membuatkan Amani merasa iri hati dan sanggup melakukan apa-apa terhadap kakaknya sehingga dia sanggup menghancurkan kebahagian kakaknya sendiri. Jadi apakah yang berlaku selepas ini. Jangan lupa saksikan drama Cinta Sekali Lagi di TV3.
Waktu Siaran
Bermula 4 November 2020, jangan lupa saksikan drama Cinta Sekali Lagi. Ianya akan disiarkan melalui slot Akasia di TV3 pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Jika terlepas, anda boleh strim secara online di www.iq.com atau menerusi aplikasi IQIYI secara percuma selepas habis tayangan di TV3.
Tonton Semua Episod Drama Cinta Sekali Lagi
*setiap episod akan dikemaskini setiap hari
Cinta Sekali Lagi – Episod 28 (Episod Akhir)
sangat mudah tonton di iqiyi. nice sharing 🙂 ♕Tiara Sapphire♕