Slot Megadrama minggu ini diteruskan lagi dengan sebuah drama Cik Ayu Mee Sanggul selepas Love Elsa yang tamat pada isnin ini. Drama siri terbaru ini akan mula bersiaran pada 27 Julai 2021 di Astro Ria.
Drama ini sedikit berbeza daripada drama-drama sebelumnya. Ini kerana Cik Ayu Mee Sanggul bukan drama adaptasi novel dan ianya idea asal daripada si penulis skrip Nieza Nahar. Jadi anda kena tengok la kesemua episod tayangan ni nanti.


Episod : 16
Tayangan : Slot Megadrama Astro Ria
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Penulis Skrip (Idea Asal) : Niezar Nahar
Penerbit : Rosyam Nor
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pelakon : Amelia Henderson, Aqasha, Aryan, Iman Zulkarnain, Shiqin Kamal, Fimie Don, Asha Merican, Nabil Aqil, Aznah Hamid, Mahmud Ali Bashah, Izzendra, Natasha Hamzah, Cat Farish dan ramai lagi.
- Amelia Henderson sebagai Cik Ayu
- Aqasha sebagai Akhtar
- Aryan sebagai Uwais
- Iman Zulkarnain sebagai Rizman
- Shiqin Kamal sebagai Mastura
- Fimie Don sebagai Joe
- Asha Merican sebagai Icha
- Nabil Aqil sebagai Azmer
- Aznah Hamid sebagai Wan Aminah
- Mahmud Ali Bashah sebagai Razak
- Izzendra sebagai Zaza
- Natasha Hamzah sebagai Wanmila
- Cat Farish sebagai Hamzah
Sinopsis Drama Cik Ayu Mee Sanggul
Drama Cik Ayu Mee Sanggul berkisarkan tentang kisah kahwin paksa dan pengorbanan seorang janda muda Ayu yang mengahwini seorang lelaki bernama Akhtar tanpa ikatan cinta untuk menjadi ibu kepada Uwais, anak Akhtar yang menghidap Mayor Talasemia.
Setelah kematian suaminya Tuan Baharom, Ayu mewarisi semua harta suaminya. Dia ialah usahawan Mee Sanggul yang berjaya di Kuala Lumpur.


Kisah bermula apabila Ayu tidak sengaja terlanggar Uwais ketika memandu dan Akhtar yang baru pulang dari bekerja di pelantar minyak di Sarawak menyangka Ayu ialah seorang pisau cukur tanpa mengetahui bahawa Ayu adalah seorang janda yang mewarisi kekayaan Tuan Baharom.
Ketika mengetahui Uwais inginkan Ayu menjadi ibunya, Ayu mengorbankan dirinya dan memutuskan untuk melamar Akhtar walaupun ditentang oleh Akhtar sendiri.
Demi kesihatan Uwais, Akhtar sanggup berkahwin dan berpura-pura bahagia di hadapan anaknya.
Waktu Bersiaran
Drama Cik Ayu Mee Sanggul akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Megadrama Astro Ria mulai 27 Julai ini. Selain itu, anda boleh tonton menerusi Astro Go atau secara On Demand untuk waktu yang lebih fleksibel.