Bermula 16 Mac 2021, saksikan drama Camelia yang bersiaran di Slot Samarinda TV3. Drama ini bakal menggantikan drama Aku Yang Kau Gelar Isteri sebelum ini.
Drama bertemakan, cinta dan konflik kekeluargaan ini merupakan arahan daripada Eoon Shuhaini bersama-sama pelakon seperti Diana Danielle, Ain Edruce dan Saharul Ridzwan sebagai watak utama dalam cerita ini.
Episod : 15
Tayangan : Slot Samarinda TV3
Pengarah : Eoon Shuhaini
Skrip : Azlina Pa’wan
Penerbit : Hasniza Nordin
Terbitan : Saphire Screen Sdn.Bhd
Pelakon : Diana Danielle, Ain Edruce , Saharul Ridzwan, Hafidz Roshdi, Aidil Aziz, Ikhwan Khairuddin, Puteri Balqis, Lisdawati, Ainina Ahmad B, Zarina Zainuddin, Nik Ramli, Ku Faridah, Idham Maulana, Nur Qistina Raisah dan ramai lagi.


Watak Pelakon
- Diana Danielle sebagai Camelia/Mariam
- Ain Edruce sebagai Marina
- Saharul Ridzwan sebagai Malik
- Hafidz Roshdi sebagai Dr. Azman
- Aidil Aziz sebagai Jamal
- Ikhwan Khairuddin sebagai Zahar
- Lisdawati sebagai Zakiah / Mak Su
- Ainina Ahmad B sebagai Zainab
- Zarina Zainuddin sebagai Puan Aina
- Nik Ramli sebagai Halim
- Ku Faridah sebagai Tok Su
- Idham Maulana sebagai Leman
- Puteri Balqis sebagai Camelia/Mariam kecil
- Nur Qistina Raisah sebagai Marina kecil
- Redzwan Adha sebagai Malik kecil
Sinopsis Drama Camelia
Drama Camelia mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang porak peranda disebabkan perangai anak-anak yang suka meroyan. Pada tahun 1999, 3 adik-beradik, Malik, Mariam dan Marina tinggal bersama ibubapa mereka, Halim dan Zainab, dan nenek sebelah mak mereka, Tok Su.
Mereka bukan keluarga kaya, mengerjakan sawah yang dipajak. Mariam tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya.


Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik berada dipihaknya Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma. Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan Mariam memiliki identiti berbahagi.
Identiti dimana dia mahu kelihatan lebih cantik daripada Marina. Identiti yang bernama ‘Camelia’. Camelia mula menguasai diri Mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.
Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sedari kecil dapat mengalahkan ‘Camelia’.


Waktu Bersiaran
Drama Camelia akan mula bersiaran pada 16 Mac 2021, iaitu setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam melalui Slot Samarinda di TV3. Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online di Tonton atau strim di Youtube TV3 Malaysia setelah selesai tayangan di TV.