Drama Bougainvillea akan mula ditayangkan pada 28 Disember 2020 melalui slot Samarinda terbaru hanya di TV3. Macam biasa, anda juga boleh tonton semula di aplikasi iQIYI.
Mungkin sudah ramai tertunggu-tunggu bila Beto Kusyairy akan kembali berlakon dalam siri drama. Anda biasa lihat dalam siri aksi seperti KL Gangster Underworld atau di dalam filem sahaja sebelum ini.
Tapi kali ini beliau kembali dalam drama Bougainvillea ini dan digandingkan bersama pelakon jelita Nora Nadish dan Intan Ladyana. Apakah kesudahan drama disebalik cerita ini? Anda kena tonton semua episod di TV3.
Tayangan : 15 episod di Slot Samarinda TV3 (aplikasi iQIYI)
Pengarah : Ayie Mustafa
Penerbit : Sha’s Media Sdn Bhd
Pelakon : Beto Kusyairy, Intan Ladyana, Nora Danish, Hanna Aqeela, Ziema Din, Ameerul Asyraf, Mior Darwish, Wan Nor Azlin dan ramai lagi


Sinopsis Drama Bougainvillea
Sinopsis drama Bougainvilliea ini menceritakan Aryanna (Intan Ladyana) dan Adrian (Beto Kusyairy) pasangan suami isteri yang sangat romantis tetapi semuanya berubah bila Aryanna terlibat kemalangan dan koma. Adrian terpaksa mencari jururawat peribadi bagi menjaga isteri kesayangannya iaitu Mimie (Nora Danish).
Mimie yang menjaga Aryanna mula cemburu dan obses dengan Adrian dan dia berangan untuk menjadi Aryanna. Apakah kesudahannya?
OST Drama Bougainvillea
Lagu : Boneka
Penyanyi : Ernie Zakri
BACA : Saksikan Drama Misteri Mona Di TV3 (Slot Samarinda)
Waktu Siaran
Jangan lupa saksikan drama Bougainvillea bermula 28 Disember 2020. Drama ini akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam melalui Slot Samarinda hanya di TV3 untuk 15 episod.
Selain itu, anda juga boleh tonton di aplikasi IQIYI atau di laman web www.iq.com secara percuma selepas tontonan di tv habis.
[…] BACA : Beto Kusyairy Dalam Drama Bougainvillea Di TV3 (Slot Samarinda) […]