Slot Lestary kali ini membawakan sebuah drama siri romantik komedi baru untuk tayangan televisyen tempatan berjudul 28 Hari Mencari Cinta yang akan mula bersiaran pada 23 Disember 2021 di siaran TV3.
Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama sebelumnya, Gila-Gila Cinta dimana bakal menggandingkan 2 pelakon hebat iaitu Aiman Hakim dan Hanna Delisha yang sepertinya ini adalah gandingan pertama mereka dalam dunia drama siri.
Episod : 15
Tayangan : Slot Lestary TV3
Pengarah : Ng Ken Kin
Penulis Skrip : Anina Sahal, Mia Marziah Manaf & Norsyiella Annuar
Penerbit : Dato’ Jaspal S. Korotana
Produksi : Orangetree Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Aiman Hakim Ridza, Hanna Delisha, Ameerul Asyraf, Elly Arifin, Muaz Fitri, Khaty Azian, Aleza Shadan, Fiza Thomas dan ramai lagi.
- Aiman Hakim Ridza sebagai Faisal
- Hannah Delisha sebagai Saleha
- Ameerul Asyraf sebagai Daniel
- Elly Arifin sebagai Airin
- Muaz Fitri sebagai Nasir
- Khaty Azian sebagai Asmira
- Aleza Shadan sebagai Puan Maria
- Fiza Thomas sebagai Intan


Sinopsis Drama 28 Hari Mencari Cinta
Drama 28 Hari Mencari Cinta mengisahkan Faisal yang bertemu kembali Saleha dan ianya telah membuka memori lama serta Faisal ingin bercinta semula.
Faisal tetap menanti Saleha setiap tahun walaupun Saleha sudah menjadi tunangan orang lain sebelumnya. Faisal percaya takdir akan menyatukan cinta mereka kembali.
Saleha telah memberi syarat kepada Faisal dengan bagi tempoh 28 hari kepada Faisal untuk mencari kesilapannya, ianya juga punca percintaan mereka terputus satu masa dulu.
Faisal resah memikirkan kesilapannya. Nasir bantu Faisal dengan bersoal jawab agar Faisal mampu ingat semula salah silap pernah Faisal lakukan pada Saleha. Dapatkan Faisal mendapatkan cinta hati Saleha yang terlepas sebelum ini?
Waktu Bersiaran
Jangan lupa untuk saksikan drama 28 Hari Mencari Cinta yang bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu jam 9.00 malam di slot Lestary TV3. Selain itu, jika terlepas anda boleh saksikan di Youtube Drama Sangat sejurus selepas habis tayangan di tv.