Sebuah drama siri terbaru RTM telah ditayangkan bermula 2 Julai 2021 yang lalu bertajuk Ayat-Ayat Halal. Drama merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 bagi mengisi slot Drama On 2 di TV2.
Ayat-Ayat Halal merupakan drama arahan MP Roslin MD Shariff serta di bintangi oleh barisan pelakon seperti Amar Baharin, Nadiya Nisaa dan Razak Ahmad sebagai teraju utama.
Drama ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama ‘Ayat-Ayat Halal’ karya Syamnuriezmil yang diterbitkan pada tahun 2017 yang lalu
BACA : Saksikan Drama Calon Menantu Tuan Rumah Di TV2 (Drama Khas Ramadan)
Episod : 26
Tayangan : Drama On 2 TV2
Pengarah : MP Roslin MD Shariff
Penulis Skrip : MF Kencana
Penerbit : Dato Zaiton Mohd Jiwa
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon Dan Watak
Amar Baharin dan Nadiya Nisaa memegang watak utama dalam drama ini. Mereka dibantu oleh barisan pelakon seperti Razak Ahmad, Chiwan Chilok, Mia Nasir, Fikhree Bakar, Shah Rezza, Fadilah Mansor dan ramai lagi.
- Amar Baharin sebagai Ebrahim Al Farez
- Nadiya Nisaa sebagai Ulya Ayani
- Razak Ahmad sebagai Pak Ayop
- Chiwan Chilok sebagai Hazmon
- Mia Nasir sebagai Murni
- Fikhree Bakar sebagai Ustaz Hassan
- Shah Rezza sebagai Pak Ali
- Fadilah Mansor sebagai Ibu Ed


Sinopsis Drama Ayat-Ayat Halal
Dek kerana kejutan tak menjadi, Ebrahim Alfarez terpaksa balik ke Malaysia, berpuasa sendirian. Lagipun dah lama dia tak balik sejak dia putus cinta dengan Murni, dua tahun yang lalu. Sejak itu dia berkurung di Qatar dan tak mahu pulang ke Malaysia.
Rindu dengan kek pandan maknya, Ebrahim pulang juga akhirnya. Tetapi kali ini dia bertemu dengan kek pandan buatan Ulya Ayani, anak Pak Cik Ayob, jiran sebelah rumahnya. Ebrahim telah jatuh cinta dengan kek pandan Ulya.
Sebab itu jugalah, Ebrahim terpaksa menyamar jadi ustaz untuk mengajar Pak Cik Ayob mengaji sambil-sambil nak menjual ayat-ayat halal kepada Ulya. Manalah tahu, tiba syawal, Ebrahim beristeri seperti yang mak Ebrahim selalu harapkan. Masalahnya, Ebrahim ingatkan Ulya faham ayat-ayat halalnya, rupanya tidak. Ulya lurus bendul!
Walaupun ada kekurangan, bagi Ebrahim, Ulya telah berjaya memenuhi tempat kosong dalam hatinya. Namun tempat kosong itu belum boleh di penuhi kerana Ulya merupakan sepupu rapat Murni dan turut diminati oleh Ustaz Hassan. Muncul pula lamaran anak Mak Cik Jah buat Ebrahim pening kepala.
Bagaimana Ebrahim hendak meyakinkan Ulya yang hanya Ulya yang layak mengisi tempat kosong dihatinya? Cukupkah ayat-ayat halal Ebrahim tu buat Ulya?
Kerana cinta itu hanya sempurna apabila dihalalkan!
Waktu Bersiaran
Drama Ayat-Ayat Halal bersiaran setiap hari Isnin hingga Sabtu, pukul 8.00 malam di Drama On 2 di RTM TV2.
Selain itu, anda juga boleh saksikan kesemua episod secara online menerusi portal RTM KLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau klik pautan dibawah