- advertisement -

Drama 4 episod ini, A.I In Love akan menemui penonton pada tiga saluran RTM iaitu TV1, TV2 dan TV Okey dalam masa dan hari yang berbeza-beza. Drama pendek rantaian yang bertemakan cinta, kekeluargaan dan teknologi.

A.I In Love sekali lagi mempertaruhkan pasangan bercinta, Janna Nick dan Dinni Schatzmann sebagai watak utama seperti pada drama Astro, Marry Me Senorita. Selain itu, juga menampilkan pelakon seperti Lia Natalia, Sham Visa, Emelda Rosemila, Hana Mohamed dan ramai lagi.

Tayangan : 4 episod (TV1, TV2, TV Okey)
Pengarah : Nor Ashikin
Skrip : Ben Anwar & Harun Murad Kamil
Terbitan : Unit Drama TV RTM
Pelakon : Janna Nick, Dini Schatzmann, Sham Visa, Emelda Rosemila, Keith Foo, Lia Natalia, Sahee Shamsudin, Ivan Tai, Hana Mohamed dan ramai lagi

a.i in love

Sinopsis Drama A.I In Love

Dramai A.I In Love ini berlatarkan kisah Audria seorang ‘Sosial Media Influencer’ yang kemurungan akibat dikecam teruk, mengambil keputusan untuk mengurungkan diri di rumah dan memutuskan hubungan dengan dunia luar (termasuk media sosial).

- advertisement -

Sejak kecil Iskandar sering dibuli sehinggalah ke zaman kerjanya. Sebagai Jurutera Programmer muda, Iskandar terpaksa akur menghadiri sesi temubual dalam program Selamat Pagi Malaysia mengenai projek Prototaip ‘T-Smartglass’ yang dibangunkan oleh syarikat tempat kerjanya. Melalui program inilah Audria berjaya menjejaki kekasih ‘cinta monyetnya’ dulu.

Penyamaran Audria sebagai ‘secret admire’ bernama MISSTECHLOVER (melalui e-mel) dapat dihidu oleh Iskandar melalui puisi-puisi indah yang pernah mereka kongsi dahulu. Pertemuan antara Audria dan Iskandar di alam maya mengembalikan kisah kenangan lalu hingga membibit perasaan cinta.

Audria yang kemurungan akibat kecaman netizen kembali bangkit dengan semangat dan motivasi oleh Iskandar. Hubungan antara Audria dan bapanya Tuan Borhan yang renggang selama ini juga turut pulih kembali.

a.i in love

Satu insiden telah membuatkan Audria tersalah sangkaan hubungan Iskandar dan Dania. Iskandar cuba pelbagai cara untuk memujuk dan menceritakan kisah sebenar. Akhirnya Iskandar membangunkan satu program ‘ARLENS’ khas buat Audria yang dapat menghubungkan mereka berdua seperti di alam realiti. Melalui ‘ARLENS’ itu Audria dapat melihat atau berbual dengan Iskandar secara virtual dalam bentuk susuk tubuh hologram. Usaha Iskandar untuk memenangi hati Audria kembali, berjaya.

Namun niat Audria dan Iskandar untuk berumah tangga terhenti apabila mendapat tahu Tuan Borhan dan Jamilah (rakan ‘reunion’ ITM yang sering berkongsi masalah) juga turut mempunyai niat yang sama. Audria dan Iskandar tidak rela ditinggalkan sekali lagi.

Waktu Siaran

Drama A.I In Love disiarkan setiap Ahad bermula 7 Februari 2021, pukul 11.05 pagi di TV1 dan setiap Sabtu bermula 6 Februari, pukul 8.30 malam di TV2. Selain itu, di TV Okey, akan mula disiarkan bermula 14 Februari, iaitu Ahad hingga Rabu jam 9.30 malam. Setiap satu mempunyai 4 episod sahaja dengan durasi selama 30 minit. Jika terlepas, anda boleh saksikan secara striming di portal rtmklik di myklik.rtm.gov.my

Tonton Semua Episod A.I In Love Disini

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here