Akhirnya tayangan sudah dimuktamadkan dimana TV3 akan bawakan drama 7 Hari Mencintaiku 3 iaitu sebuah naskah yang ditunggu-tunggu yang akan menemui penonton mulai 16 April 2022 menerusi slot Akasia
Drama yang menggantikan Harith Fayyadh kini sudah memasuki musim ketiga yang jika untuk musim pertama dan kedua ianya adaptasi novel 7 Hari Mencintaiku 1 & 2 dan kini adalah idea asal dari Siti Rosimizah sendiri yang belum dinovelkan lagi.
BACA : Tonton Semula Drama Hebat 7 Hari Mencintaiku 1 & 2 Secara Online Di IQIYI
Kali ini, Jamal Khan bertanggungjawab bagi mengarahkan naskah terbaru daripada penerbit dan penulis skrip cerita ini iaitu Siti Rosmizah bersama syarikat produksinya SR One Sdn. Bhd.
Episod : 35
Tayangan : Slot Akasia di TV3 dan iQiyi Malaysia
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Siti Rosmizah
Produksi : SR One Sdn. Bhd.


Pelakon
Pelakon-pelakon lama untuk musim sebelum ini masih dikekalkan seperti Shukri Yahaya, Siti Saleha, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Kazar Saisi dan Liza Abdullah.
Mereka dibantu oleh Wafariena, Bil Azali, Faye Kusairi, Jasmin Hamid, Anne Abdullah, Sean Lee, PU Azman, Reen Rahim, Azza Elite, Dayang Areeda, Ezad Lazim, Razman Mahayuddin, Nur Dhia Irdina dan ramai lagi
Watak Lakonan
- Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
- Siti Saleha sebagai Mia Adriana
- Kazar Saisi sebagai Pak Samad
- Liza Abdullah sebagai Mak Leha
- Syazwan Zulkifly sebagai Helmi
- Wan Sharmila sebagai Sofi
- Jaja Iliyes sebagai Nadia
- Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain
- Bil Azali sebagai Zaidi
- Faye Kusairi sebagai Syakila
- Jasmin Hamid sebagai Zarina
- Anne Abdullah sebagai Mak Andak
- Nur Dhia Irdina sebagai Alisa
- Shaharuddin Thamby sebagai Dato Johari
- Sean Lee sebagai Dr Adam
- Reen Rahim sebagai Fatin Husna
- PU Azman sebagai Taufik
- Azza Elite sebagai Kak Piah
- Dayang Areeda sebagai Maimunah
- Ezad Lazim sebagai Husin
- Razman Mahayuddin sebagai Burhan
- Silfeny Osman sebagai Azura
OST Drama
Judul Lagu : Kaulah Syurga
Penyanyi : Khai Bahar & Lia Aziz
Komposer : Asfan Shah
Lirik : Siti Rosmizah
Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 3
Drama drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini mengisahkan tentang kisah rumah tangga Khuzairi dan Mia. Penceritaan bermula dengan trajedi kemalangan jalan raya yang menimpa Khuzairi. Disebabkan itu, Khuzairi lumpuh dan pastinya rumah tangga mereka sekali lagi diuji.
Sejak kejadian tersebut, Khuzairi menjadi panas baran kerana dia merasakan dia tidak lagi ‘sempurna’ untuk menjadi seorang suami kepada Mia dan seorang ayah untuk anak-anak mereka.
Pada masa yang sama juga, Pak Samad sebenarnya sedang sakit dan disebabkan itu, dia terpaksa menjalani pembedahan tetapi dirahsiakan daripada pengetahuan keluarganya.
Oleh itu, Pak Samad meninggalkan sepucuk surat kepada keluarganya meminta mereka mencari erti cinta sejati dalam masa 7 hari. Adakah ianya sebuah pesanan terakhir daripada Pak Samad?
Nantikan kesudahannya dipengakhiran.
Waktu Bersiaran
Jadi jangan lupa untuk saksikan drama 7 Hari Mencintaiku 3 mulai 16 April ini, setiap hari Isnin hingga Ahad pada pukul 7.00 malam di slot Akasia di TV3.
Anda juga boleh strim menerusi laman web di www.iq.com atau di aplikasi iQiyi yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store. Pengguna VIP boleh saksikan sejurus selepas habis tayangan di TV dan tontonan percuma untuk semua selepas 48 jam.