Drama Dia Bidadari Dari Syurga merupakan drama siri terbaru Malaysia 2020 yang ditayangkan di TV Okey RTM. Anda juga boleh strim Dia Bidadari Dari Syurga melalui myklikrtm.
BACA : Saksikan Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi Di RTM Secara Online
Dia Bidadari Dari Syurga merupakan karya adaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama ‘Dia Bidadari Dari Syurga) hasil tulisan Syamnuriezamil yang dihasilkan pada tahun 2016. Kali ini karya beliau diangkat untuk menghasilkan tayangan di kaca tv. Drama ini telah memulakan siaran mulai 23 Oktober 2020 dengan dibintangi oleh Halim Radzi dan Sharifah Husna.
Tayangan : 20 episod (TV Okey RTM)
Pengarah : Izzman Hafiz
Produksi : Sazawan Supply Sdn Bhd
Pelakon : Halim Radzi, Sharifah Husna, Julia Farhana, Hafidz Roshdi, Dayana Roza, Shahkimin, Mahmud Ali Bashah, Syaffiq Sahli, Aryan Naim, Ady Fakhruddin, Nora Lunia dan Nurul Iman


Sinopsis Drama Bidadari Dari Syurga
Marissa (Sharifah Husna) merupakan anak perempuan tunggal Haji Aisy. Sejak ibunya meninggal dunia dialah yang menguruskan makan minum keluarga mereka. Merissa merupakan seorang graduan dari Melbourne University, Australia tiba-tiba disuruh jadi ‘tea lady’ di syarikat ayahnya. Tanpa banyak soal Marissa ikutkan saja. Dia mahu jadi anak yang taat kepada ayahnya, kerana hanya ayahnya saja yang tinggal. Arwah umminya sudah lama meninggal dunia.
Di pejabat, dia sering di buli oleh Naqib Zakuan (Halim Radzi), jurutera kekwat yang telah lama bekerja di syarikat ayahnya. Zakuan yang baru putus cinta dengan Maisarah (Julia Farhana), sudah berjanji dengan ibunya yang dia mahu membawa balik kekasihnya ke Sungai Petani minggu itu. Daripada nak sebut nama Maisarah, tersebut nama Marissa. Tak pasal, Marissa kena jadi kambing hitam. Terpaksalah Zakuan membuat rancangan untuk memerangkap Marissa mengikutnya ke Sungai Petani berjumpa dengan ibunya.




Selepas diugut, Marissa akhirnya bersetuju untuk menolong Zakuan. Namun Marissa pecah rahsia kerana tidak mahu memberi harapan palsu pada ibu Zakuan yang di telah dijodohkan dengan calon pilihan arwah umminya. Sekali lagi Zakuan patah hati.
Berjayakah Zakuan melupakan Marissa yang sudah dia anggap bidadarinya? Atau, mengejar cintanya wpun Marissa sudah mahu berkahwin?
Waktu Siaran
Drama bersiri televisyen, Dia Bidadari Dari Syurga disiarkan pada setiap Isnin hingga Ahad, jam 10 malam di TV Okey (RTM). Anda juga boleh strim secara online di myklikrtm secara percuma.
Tonton Semua Episod Dia Bidadari Dari Syurga
*episod seterusnya akan dikemaskini dari hari ke hari
Dia Bidadari Dari Syurga – Episod 1
Dia Bidadari Dari Syurga – Episod 2
Dia Bidadari Dari Syurga – Episod 3
Dia Bidadari Dari Syurga – Episod 4
Dia Bidadari Dari Syurga – Episod 5
Dia Bidadari Dari Syurga – Episod 6
Dia Bidadari Dari Syurga – Episod 7
Dia Bidadari Dari Syurga – Episod 8
Dia Bidadari Dari Syurga – Episod 9
Dia Bidadari Dari Syurga – Episod 10
Dia Bidadari Dari Syurga – Episod 11
Dia Bidadari Dari Syurga – Episod 12
Dia Bidadari Dari Syurga – Episod 13
Dia Bidadari Dari Syurga – Episod 14
Dia Bidadari Dari Syurga – Episod 15
Dia Bidadari Dari Syurga – Episod 16
Dia Bidadari Dari Syurga – Episod 17
Dia Bidadari Dari Syurga – Episod 18
Dia Bidadari Dari Syurga – Episod 19
Dia Bidadari Dari Syurga – Episod 20 (Akhir)