Kepada peminat ‘budak-budak baru nak up’, jangan lupa saksikan di Astro atau strim secara online konsert Big Stage 2020 setiap minggu pada hari Ahad. Saksikan artis kesukaan anda berentap dalam pertandingan nyanyai tersebut.
Big Stage telah masuk ke musim ke-3 selepas dimenangi oleh Sarah Suhari pada musim pertama dan Han Byul merupakan juara bagi musim ke-2 yang merupakan seorang penyanyi dari Korea. Jadi untuk musim ke-3 ini, Big Stage kembali dengan musim ketiga dinamakana Big Stage Norma Baharu. Kali ini penglibatan penonton adalah terhad demi mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan.
BACA : Tahniah! Azzam Shah Juara Big Stage 2020 Untuk Musim Ketiga
Barisan Peserta Big Stage 2020
Tahun ini, seramai 12 peserta yang akan berentap di atas satu pentas bagi mengejar gelaran juara Big Stage musim ke-3. Para peserta terdiri daripada 6 lelaki dan 4 wanita. Barisan pesertanya adalah Nana Sheme, Azzam Sham, Qody Rany, Usop, Hafiz Zainal, Yamani Abdillah, Farisha Iris, Hanie Soraya, Fadh Majid, Dinie Rashid, Sandra Dianne dan Amir Hasan.
Kesemua peserta ini akan di adili 100% daripada juri tetap, presiden nitizen dan juri jemputan yang dijemput khas setiap minggu. Tahun ini, terdapat barisan juri yang baru iaitu Faizal Tahir, Dayan Nurfaizah dan Ajai. Manakala untuk presiden nitizen akan bertukar setiap minggu yang antara yang terlibat adalah Kak Lina Pompom, Neelofa, Michael Ang dan Caprice.
Untuk musim ke-3, Alif Satar dan Sherry Al-Hadad masih memegang takhta sebagai pengacara bagi memeriahkan lagi keadaan di sana.
Jangan lupa untuk mengundi BBNU Paling Gempak setiap minggu jika ada peserta kegemaran anda untuk memenangi gelaran ini setiap minggu. Undi disini
Tonton Dan Strim Secara Online Konsert Big Stage 2020
Program Big Stage 2020 telah bermula pada 18 Ogos yang lepas dan akan berlangsung selama 8 minggu. Anda boleh tonton di Astro RIA, RIA HD dan strim di Astro GO pada setiap hari Ahad, jam 9 malam.
Jika tidak berkesempatan, anda juga boleh strim secara percuma melalui saluran Youtube Astro Gempak.
Tonton Dan Ketahui Keputusan Konsert Big Stage 2020
Minggu 1
Tema : Starter Pack
Juri Jemputan : Hael Husaini
Presiden Nitizen : Neelofa
Tiga Terbawah : Nanasheme, Amir Hasan & Hafiz Zainal
Peserta Tersingkir : Tiada
Minggu 2
Tema : Hype Beat
Juri Jemputan : Ernie Zakri
Presiden Nitizen : Caprice
Tiga Terbawah : Fadh Majid, Hanie Soraya & Amir Hasan
BBNU Paling Gempak (Minggu 1) : Azzam Sham
Peserta Tersingkir : Hanie Soraya
Minggu 3
Tema : Duominasi
Juri Jemputan : Lah Ahmad
Presiden Nitizen : Michael Ang
Tiga Terbawah : Dinie Rashid, Amir Hasan & Sandra Dianne
BBNU Paling Gempak (Minggu 2) : Azzam Sham
Peserta Tersingkir : Amir Hassan
Minggu 4
Tema : Baby Bash (*Lagu-lagu Tahun Kelahiran Para Peserta)
Juri Jemputan : Joe Flizzo
Juri Presiden Nitizen : Kak Lina Pompom
Tiga Terbawah : Qody Rani, Hafiz Zainal, Yamani Abdillah
BBNU Paling Gempak (Minggu 3) : Azzam Sham
Peserta Tersingkir : Yamani Abdillah
Minggu 5
Konsert Tribute Big Stage Sandra Dalam Kenangan
Minggu 6
Tema : Rotasi 36T dan Battle Round
Juri Jemputan : Mas Idayu
Juri Presiden Nitizen : Kak Lina Pompom
Tiga Terbawah : Dinie Rashid, Hafiz Zainal dan Nana Sheme
BBNU Paling Gempak (Minggu 5) : Azzam Sham
Peserta Tersingkir : Nana Sheme dan Hafiz Zainal
Minggu 7
Tema : Duominasi Platinum dan Terbang Jauh (Lagu Pilihan Juri)
Juri Jemputan : Dato’ Syafinaz
Juri Presiden Nitizen : Kak Lina Pompom
Tiga Terbawah : Farisha Iris, Dinie Rashid, Qody Rani
BBNU Paling Gempak (Minggu 6) : Usop
Peserta Tersingkir : Farisha Iris
Minggu 8
Tema : Ultimetum (Slow & Fast Beat)
Juri Jemputan : Misha Omar
Juri Presiden Nitizen : Kak Lina Pompom
BBNU Paling Gempak (Minggu 6) : Dinie Rashid
Pemenang :
Juara Big Stage 2020 – Azzam Shah (67.85%)
Naib Juara -Usop (66.57%)
Tempat Ke-3 – Qody Rany (61.85%)
Tempat Ke-4 – Dinie Rashid (60.04%)
Tempat Ke-5 – Fadh Majid (58.80%)