Anda mesti pernah tonton filem Thailand terbijak sekali, Bad Genius pada 2017 yang lepaskan. Mereka kini kembali dengan siri pula tau iaitu Bad Genius The Series. Pasti lebih bijak, nakal dan pastinya lebih drama.
Selepas berjaya dengan filem Bad Genius, kali ini mereka tampil dengan series pula untuk 12 episod. Secara asasnya, menceritakan perkara yang sama apabila ada murid genius yang cuba menipu di dalam peperiksaan untuk mencari keuntungan. Tapi katanya Bad Genius The Series ni lebih drama dan mendebarkan tau.
BACA : Tajuk Episod Stranger Things Musim Ke-4 Didedahkan
Kalau dulu anda rasa sudah cukup dengan tayangan 1-2 jam bagi sebuah filem. Kini anda boleh tonton 1 episod dengan hampir 1 jam tontonan tau. Memang puaslah saksikan trick apa yang digunakan oleh murid genius tersebut untuk menipu di dalam peperiksaan.
Genre : Thriller
Tayangan : iflix untuk 12 episod
Pengarah : Pat Boonnitipat
Pelakon : June Plearnpichaya Komalarajun, Jaonaay Jinjett Wattanasin, Ice Paris Intarakomalyasut dan Sawanya Paisarnpayak
Info Dan Sinopsis Bad Genius The Series
Dalam Bad Genius The Series, mereka masih mengekalkan nama watak seperti Lynn, Grace, Pat dan Bank tetapi ditambah dengan jalan cerita dan plot yang lebih drama dan mendebarkan. Trick baru untuk menipu di dalam peperiksaan dan sepertinya nampak lebih logik dek akal fikiran tau.
Lin merupakan murid genius yang membantu rakan lain, Pat Dan Grace untuk menipu di dalam peperiksaan dengan habuan bayaran yang lumayan. Ini dibuat bagi membalas dendam terhadap sekolahnya yang telah meminta ‘duit kopi’ daripada ayahnya supaya Lin dibenarkan belajar di sekolah tersebut. Seorang lagi murid genius, Bank yang juga tersepit dengan kewangan demi belajar di sekolah terbaik tersebut. Apakah kesudahan 4 rakan ini di dalam pelajaran mereka? Dapatkan mereka menipu di dalam bilik peperiksaan? Tidak cukup dengan itu, ada penambahan watak lain juga di dalam tv siri ini seperti ibu kepada Lin juga.
Apabila sekumpulan pelajar mahu mengubah ‘kertas peperiksaan’ menjadi jutawan’ Adakah anda fikir mereka akan berjaya? Dari sebuah filem hit Thailand ‘BAD GENIUS’ kepada tv siri yang lebih suspen dan mendebarkan.
Tayangan
Sebelum ini, Bad Genius The Series ada ditayangkan di platform dimsum entertainment tetapi anda perlu subscribe secara bulanan. Tetapi kini tidak lagi, anda boleh strim kesemua 12 episod Bad Genius The Series melalui iflix secara PERCUMA.
Jadi untuk penonton di Malaysia, anda boleh terus tonton Bad Genius The Series di platform IFLIX melalui laman sesawan www.iflix.com atau muat-turun aplikasi di Android dan iOS dan juga melalui aplikasi WeTV.
Rating IMDB : 7.7/10