- advertisement -

Berita baik kepada peminat khusus anime, kini anda boleh saksikan Attack on Titan The Final Season menerusi aplikasi iQIYI secara percuma.

Sebelum ini, pihak Muse Malaysia yang juga merupakan syarikat penyiar rasmi anime di Malaysia turut mengumumkan tayangan anime ini kepada rakyat Malaysia menerusi aplikasi iQIYI.

Attack On Titan The Final Season ini adalah berdasarkan siri anime daripada Hajime Isayama. Pada masa yang sama juga, pencipta siri ini telah menyatakan hasratnya untuk menamatkan manga Attack on titan pada tahun ini.

attack on titan final season

Sinopsis Attack On Titan The Final Season

Di luar Pulau Paradee tempat Eren dan keluarganya tinggal, ada dunia yang dihuni oleh manusia lain. Salah satu negara, Marley, yang berperang dengan orang lain, ingin menyerang Paradee dan menangkap “Keturunan Pertama Titan”. Di sini, sekumpulan kanak-kanak lagi berusaha bertahan.

- advertisement -

Waktu Tayangan

Anda boleh strim Attack on Titan The Final Season bermula 7 Disember iaitu setiap hari Isnin, jam 8 pagi di aplikasi iQIYI secara percuma. Selain itu, juga disediakan subtitle Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk kesemua episod.

BACA : Cara Melanggan Akaun VIP Di Platform Penstriman iQIYI

Bagi yang ingin mengikuti 3 season Attack on Titan sebelum ini. Anda juga boleh strim melalui aplikasi iQIYI juga secara percuma.

Tonton Semua Episod Attack on Titan The Final Season

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here