Ini merupakan acara sulung bagi Anugerah Nasyid Malaysia yang akan berlangsung pada 27 Disember 2020 yang akan disiarkan secara langsung di TV1 RTM.
Anugerah Nasyid Malaysia atau ringkasannya ANAM 2020 bakal dianjurkan oleh MUNSYID Malaysia dengan sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), serta Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar rasmi.
Dalam siaran media yang dikeluarkan, penganjuran ANAM 2020 merupakan langkah awal bagi acara Festival Nasyid Antarabangsa pada tahun 202 kelak sejajar dengan status Malaysia sebagai “The Home of Contemporary Nasyeed” di persada dunia.
BACA : Senarai Lagu Yang Layak Ke Pentas Akhir Dalam Anugerah Lagu Indie 2020
Anugerah Nasyid Malaysia 2020


Dalam ANAM 2020 ini ianya bakal mempertandingkan 11 kategori dengan 6 kategori yang dinilai oleh juri profesional, 3 kategori melalui undian peminat dan 2 kategori khas juri.
- Lagu Nasyid Terbaik
- Lirik Nasyid Terbaik
- Vokal Terbaik Dalam Lagu
- Susunan Muzik Terbaik
- Rakaman Lagu Terbaik
- Video Muzik Terbaik
- Artis Nasyid Pilihan (Undian)
- Artis Baru Pilihan (Undian)
- Artis Nasyid Nusantara (Undian)
- Anugerah Kembara (Anugerah Khas)
- Anugerah Khalifah (Anugerah Khas)
Proses pencalonan telah pun selesai yang berlangsung dari 11 November 2020 hingga 6 Disember 2020 sebelum ini. Ada juga anugerah yang akan melibatkan artis nasyid dari Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura juga tau.
Pada malam Anugerah Nasyid Malaysia 2020 nanti akan dikemudi oleh 2 pengacara hebat iaitu Hafiz Hamidun bersama-sama dengan Fara Fauzana.
Antara calon yang tersenarai di dalam Anugerah Nasyid Malaysia 2020 tahun ini seperti kumpulan Zayne, Fitri Haris, Halim Ahmad, Inteam, Rabithah, Ikhwan Fatanna, Saujana, Hazwani dan Heliza Helmi, Major 9, Fadzli Aziz, UNIC, Amar, Saff-One, Fareast, Alfarabi dan ramai lagi.
Jadi nak tahu siapakah pemenang bagi setiap kategori jangan lupa saksikan Anugerah Nasyid 2020 (ANAM2020) dengan tema ‘Sejarah Tercipta, Irama Bergeram’ pada 27 Disember 2020 hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV1 RTM.
Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti website www.anam.my atau Instagram anam.my, Twitter @NasyidMalaysia dan Facebook Page Anugerah Nasyid Malaysia