- advertisement -

Bermula 8 November 2020, jangan lupa saksikan program popular Lagu Cinta Kita (LCK) untuk musim ke-2 dimana 2 Hati Bakal Bersatu yang dipertontonkan di TV3.

Program ini merupakan adaptasi daripada program popular Korea, Love At First Song. Jadi barisan peserta akan dipadankan kepada 18 pasangan duet bagi setiap minggu yang kesemua 36 peserta ini tidak tahu pun siapa pasangan mereka itu tersebut.

BACA : Saksikan Vokal Mania Di TV3 Atau Strim Secara Online Di Youtube TV3 Official

Juara bagi program Lagu Cinta Kita akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, naib juata RM30,000, tempat ke-3 RM20,000 dan RM15,000 dan RM10,000 bagi tempat ke-4 dan ke-5.

- advertisement -

Program Lagu Cinta Kita Musim Ke-2

Pada awalnya, hanya 6 pasangan yang akan membuat persembahan untuk minggu 1 sehinggalah minggu ke-3. Kemudian peserta akan dipadankan dengan pasangan duet yang mana mereka akan membuat persembahan di 2 pentas berbeza dan akhirnya akan dialihkan dinding pemisah yang ditentukan oleh penonton dirumah. Selain itu, markah juri juga penting.

peserta lagu cinta kita musim ke-2

Jika berjaya ke pusingan seterusnya, pada minggu ke-4 hanya 10 pasangan sahaja yang berjaya dan ketika inilah mereka diberi peluang bagi mengenali sesama sendiri.

Untuk minggu ke-5 dan ke-6, hanya 9 pasangan sahaja yang tinggal untuk membuat persembahan mengikut tema mingguan yang ditetapkan yang pastinya lagu cinta.

Untuk minggu ke-7 iaitu pusingan separuh akhir, tinggal 7 pasangan sahaja yang bakal berentap dan akhirnya hanya 5 pasangan yang akan memasuki pusingan akhir bagi merebut gelaran juara Lagu Cinta Kita untuk musim ke-2.

Waktu Tayangan Lagu Cinta Kita Musim Ke-2

Program LCK2 ini akan dihoskan oleh Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) serta pasangan hos kontroversi, Azwan Ali. Manakala barisan juri ialah Hael Husaini dan Mas Idayu sebagai juri tetap beserta seorang juri jemputan yang dijemput khas setiap minggu. 

lagu cinta kita 2

Anda boleh mula saksikan program Lagu Cinta Kita untuk musim ke-2 di TV3 bermula 8 November iaitu hari Ahad, jam 9 malam dengan hashtag #LaguCintaKita2. Selain itu, anda juga boleh strim melalui Youtube TV3Malaysia pada setiap minggu.

BACA : Senarai Penuh Pemenang Lagu Cinta Kita 2 Tahun 2020

Tonton Setiap Episod Lagu Cinta Kita 2

Lagu Cinta Kita 2 – Episod 1

Lagu Cinta Kita 2 – Episod 2

Lagu Cinta Kita 2 – Episod 3

Lagu Cinta Kita 2 – Episod 4

Lagu Cinta Kita 2 – Episod 5

Lagu Cinta Kita 2 – Episod 6

Lagu Cinta Kita 2 – Episod 7 (Separuh Akhir)

Lagu Cinta Kita 2 – Episod 8 (Pusingan Akhir)

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here