Berita baik untuk semua penonton drama slot Megadrama Astro Ria, dimana Drama Rindu Awak Separuh Nyawa ditambah lagi 8 episod ekoran sambutan yang baik daripada penonton dan peminat drama tersebut.
Pengumuman ini diumumkan oleh pengkarya asal drama ini, Siti Rosmiza yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya. Beliau memberitahu, atas sokongan yang diberikan semua penonton sekali gus menjadikan drama ini fenomena, ianya akan disambung 8 episod lagi.


Drama Rindu Awak Separuh Nyawa
Drama Rindu Awak Separuh Nyawa disiarkan di slot Megadrama, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Astro Go. Pada awalnya, drama dijadualkan bersiaran untuk 40 episod sahaja iaitu sehingga 27 Mei 2021.
Dengan penambahan 8 episod lagi, drama Rindu Awak Separuh Nyawa akan berakhir pada 14 Jun 2021. Jadi Sara sudah tiada mungkin selepas ini Nazril pula akan menderita? Atau sebenarnya Sara tak mati pun? Tiada siapa yang tahu setakat ini.
Nak tahu kisah selanjutnya, kena tengok 8 lagi episod ini seterusnya.