Jangan lupa saksikan drama siri original Projek High Council yang akan menemui penonton untuk tayangan perdana pada 14 Januari ini di Astro Go. Ianya mula bersiaran pada setiap Isnin, jam 9.00 malam di Astro Ria 104.
Siri ini diterbitkan berdasarkan kisah sebenar yang pernah terjadi di Malaysia yang mana negara digemparkan dengan isu kumpulan gangster High Council di sebuah sekolah berasrama penuh.
Episod : 10
Tayangan : Astro Originals di Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 23 Januari 2023 (Setiap Isnin)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Anwari Ashraf, Zulaikha Zakaria, Mya Nasiruddin, Luqman Ghazali, Zaharin Zabir, Zulaikha Zulhaimi dan Samuel Sin
Pengarah : Anwari Ashraf dan Ika Zakaria
Produksi : Pasal Productions Sdn. Bhd.
Tonton
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi drama siri Projek High Council ini seperti Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Naim Daniel, Yusof Hashim, Daiyan Trisha, Sazzy Falak, Ben Tan, Sathisvaran M Magesvaran, Kahoe Hon, Aida Aris, Azhar Sulaiman, Edika Yusof dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Nadhir Nasar sebagai Naim
- Mierul Aiman sebagai Fakhri
- Amir Ahnaf sebagai Kahar
- Naim Daniel sebagai Ayam
- Yusof Hashim sebagai Amir
- Daiyan Trisha sebagai Mia
- Sazzy Falak sebagai Puan Faniza
- Ben Tan sebagai Mr. Sin
- Aida Aris sebagai Idah
- Azhar Sulaiman sebagai Firdaus
- Edika Yusof sebagai Harun
OST Drama
Lagu Tema : Test Drive
Penyanyi : Firdaus Rahmat
Komposer : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & Omar K
Penulis Lirik : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & Omar K
Sinopsis Drama Projek High Council
Drama Projek High Council mengisahkan tentang Fakhri iaitu seorang pelajar 15 tahun yang bijak tetapi sering terlibat dalam pergaduhan, telah diterima untuk memasuki sebuah sekolah asrama berprestij tinggi iaitu Kolej Ungku Deramat (KUDRAT).
Namun begikut, apabila Fakhri merungkai rahsia di sebalik tradisi sekolah tersebut, secara tidak langsung telah menjadikan dia sasaran utama pelajar-pelajar yang ingin memanjat heiraki High Council.
Nekad untuk menghentikan segala ketidakadilan dan salah guna kuasa yang berlaku di kalangan pelajar, Fakhri memasuki gelanggan ‘pilihanraya’, pertandingan yang dilangsungkan secara sulit untuk menentukan ‘kepala’ di sekolah tersebut.
Walaupun dia tahu pilihanraya itu bakal berhadapan dengan sesuatu yang terlalu sukar buatnya, berjayakah Fakhri merebut takhta menjadi ‘kepala’? Apakah kesukaran yang bakal dihadapi demi mencapat matlamatnya?



