Program Maharaja Lawak Mega 2021 kini kembali. Dengan peserta, dengan kumpulan baru dan pastinya akan membuatkan hari minggu anda ketawa riang dengan persembahan lawak daripada pelawak terkenal.
Selepas tahun 2020 yang dukacita akibat pandemik dan sekali gus MLM tidak dibenarkan diadakan, kini mereka kembali untuk edisi 2021 bagi tontonan orang ramai dengan persembahan lawak.
BACA : Senarai Penuh 14 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2020 (Musim 2)
Tahun ini, MLM2021 menampilkan 11 pasukan untuk bertanding bagi merebut takhta Juara Maharaja Lawak Mega 2021. Siapakah yang bakal menerima takhta ini agaknya?
Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton Maharaja Lawaka Mega 2021 yang akan dihoskan oleh pengacara yang tidak asing lagi Dato’ AC Mizal yang akan disiarkan setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna dan Astro Go bermula 15 Oktober 2021.
Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2021
Berikut merupakan senarai 11 peserta yang terdiri daripada kumpulan bagi Maharaja Lawak Mega 2021
PUTEH (Mamak, Vicha, Ali)
BORO (Achey, Atu, Fad)
3OTAK (Phoon Chi Ho, Farid Azmeir, Prakash Daniel)
ORIX (Achok Chilok, Yassin Senario, Abu MAMU)
R&R (Man Posmen, Rahim Sepahtu)
TOBAT (Shuk Sahar, Bell Ngasri, Ropie)
OTAI (Azlee Senario, IEDA Moin, Acong)
TIRO (Sharif Zero, Syaiful Zero, Danial Zaini)
TAICI (Chiwon Chilok, Tapai KIUT, Ilham ABATA)
BAHYE (Zahir AF, Nizam Jentik-Jentik, Shashic)
CAWAN (Aliff Yasraf, Wan Gegau, Che Mat Raja Lawak)