Astro telah dedahkan barisan 10 peserta Ceria Popstar bagi musim ke-5 untuk tahun 2021 yang telah layak dalam sesi ujibakat sebelum ini. Mereka akan berentap untuk meraih gelaran Juara Ceria Popstar tahun 2021.
Ceria Popstar merupakan sebuah program televisyen realiti tempatan yang mengenengahkan bakat adik-adik kecil dalam bidang nyanyian bagi mereka yang berumur 10 tahun hingga 15 tahun.
BACA : Program All Together Now Malaysia Di Astro Ria
Sesi ujibakat bagi mencari peserta Ceria Popstar telah pun tamat dimana Naqiu dan Siti Nordiana ditugaskan sebagai juri ketika itu. Kini yang berjaya ke konsert, mereka 10 peserta akan dilatih setiap minggu oleh trainers yang terdiri daripada Noryn Aziz, Hael Husaini dan Mimifly yang dipanggil ‘cikgu’.
Setiap minggu mereka akan membuat persembahan dihadapan juri tetap dan juri jemputan ketika konsert Ceria Popstar berlangsung. Juri tetap untuk musim 5 kali ini ialah Dato’ AC Mizal, Elly Mazlein, Nabil Ahmad dan Ernie Zakri.
10 Peserta Ceria Popstar Musim 5 Tahun 2021
Untuk tahun 2021 ini, kesemua peserta adalah secara solo, tiada duo mahupun berkumpulan yang sertai. Jom kita tengok senarai 10 peserta Ceria Popstar untuk musim ke-5
Marsya


Syabil


Keka


Iman Boy


Dinda


Dayana


Damia


Armand


Ariff


Balqis


Konsert Ceria Popstar Musim 5 2021 akan dihoskan oleh Danial Zaini dan Shiha Zikir yang akan bermula pada 9 Jun 2021 iaitu setiap hari Rabu jam 9 malam di Astro Ceria dan tayangan serentak di Astro Prima (untuk minggu pertama). Anda juga strim menerusi aplikasi Astro Go.
Saya akana buat yang terbaik